Saturday, January 23, 2010

mengapakah jadi begini..

Assalamualaikum wrt kepada rakan2 sekalaian..sekadar perkongsian bersama, izin kan saya untuk menzahirkan sesuata yang bermain2 di lubuk hati ini..
      Mengapakah sering terjadi sejak akhir2 ini dimana kita(termasuk sya) sudah hilang identity agama, sudah hilang sensitivity terhadap Agama Islam sedangkan  Hari Perhintungan pasti akan tiba. Kebanyakan kita hanya mewarisi agama ini dari nenek moyang kita dulu. Tidak merasakan nikmat ini perlu dipelihara dan dijaga dengan sebaiknya. Berbeza yang berlaku di Eropah, Agama Islam mula menjadi agama pilihan dalam kalangan mereka. Sehingga menimbulkan pelbagai kerisauan kepada pemimpin2 agama mahupun pemimpin dunia. Pelbagai cara dan methodologi yang digunakan untuk menghilangkan identity dan maruah Agama Islam. Umat Islam dibunuh dengan kejam. Pelbagai tekanan yang diberikan untuk “membuang Iman dan taqwa orang Islam sehingga mereka buntu.  Jalan terakhir mereka dengan menyebarkan pelabagi fitnah palsu. Sebaliknya,semua itu menjadi pembuka jalan untuk org  bukan Islam mula simpati dengan Islam dan mula mengkaji rahsia kemurniaan Agama Islam. Hargailah nikmat Iman dan Islam ini.mengapa sibuk memperjuangkan nama Allah sdangkan hukumNYA tidak diendahkan.


        Dari zaman baginda(nabi Muhammad s.a.w) lagi hingga pemerintahan khulafa termasuk pemerintahan ulamak mutakhirin pada masa ini telah mengatur pelbagai majlis keramaian seperti menunaikan haji untuk umat islam sedunia berkumpul,majlis2 ilmu untuk mengelakkan dari kegelapan,maulidurrasul untuk memperingati Baginda,tadarus alquran sebagai sunnah ,walimatul urus sebagai tanda kesyukuran, dan yangse tiap hari majlis keramaian kita yang sering lupakan adalah solat 5 waktu dan lebih baik dilakukan secara berjemaah..maksud keramaian ini bukan lah sekadar berdifinasikan majlis tari menari atau pesta semata2,tetapi ia bermasud dimana sesuatu masyrakat itu berkumpul untuk melakukan sesuatu aktiviti pada masa2 tertentu dan lebih manis dan bermakna lagi jika semua itu dilakukan keranaNya,hilang2lah perkataan sia2 untk apa program ini dijalankan...dan dimanakah penglibatan kita??

      Mengapakah keramaian bukan berkaitan agama kita,kita sertai sedangkan keramaian agama kita kita tinggalkan dengan memberi pelbagai alasan,dimanakah sensitiviti kita terhadap islam?adakah kita sudah berlaku adil? Tahukan kita hukum menyambut perayaan agama lain?Saya bukanlah orang yang arif dalam mengeluarkan hukum,namun sedarlah kita bersama sahabat2 sekalian.Bala allah boleh datang bila2 masa tanpa kita duga. Sementara masa masih ada untuk memohon keampunan maka ambillah waktu dan Masa ini. Jangan biarkan kemurkaan Allah itu sebagai satu perkara biasa. Cukup kita melihat  Bumi Acheh ditimpa Tsunami atau banyak lagi bencana dan bala Allah yang kita semua terlepas pandang. Seandainya kita memberi alasan cuma untuk menghormati kaum lain,itu adalah suatu permulaan yang baik..alhamdulillah kerana sedangkan baginda pun turut mengormati kaum yahudi sedangkan mereka sentiasa menzahirkan kebencian terhadap islam..
tetapi seandainya alasan yang diberi ialah untuk makan free,bertemu rakan2,mengisi masa lapang serta lain2,itu mugkin kurang munasabah kerana dalam majlis2 keramaian islam yang saya senarai pendekkan diatas tadi juga menawarkan kelebihan yang sama juga.wal hal lebih daripada itu kita dapat selain dari keberkatan hidup.kalau kata nak dapatkan agar nama tersenarai dalam SMP(sistem maklumat pelajar) tetapi Allah tawarkan lebih hebat lagi dari itu iaitu SMAS(sistem maklumat ahli syurga). mana lagi hebat??

        Maafkan saya seandainya perkongsian ini menyentuh hati mana2 pihak sama ada yang hidup mahupun yang mati.Tiada sedikit pun niat buruk tetapi ia sekadar menyedarkan khusus nya diri saya sendiri amnya terhadap para pembaca sedangkan diri ini masih lemah dan mengaharapkan petunjuk dan bimbingan dariNya agar tidak putus2..hadish nabi (balighu anni walau ayah)sampai tentang agamaku walau sepotong ayat..

       
    sesungguhnya orang-orang Yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu; dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat.
hujurat ayat 10

No comments:

Post a Comment