Sunday, April 18, 2010

ayuh bangkit kita bersatu

Allah azza wa Jala berfirman:

يَـٰٓأَيُّہَا ٱلنَّاسُ إِنَّا خَلَقۡنَـٰكُم مِّن ذَكَرٍ۬ وَأُنثَىٰ وَجَعَلۡنَـٰكُمۡ شُعُوبً۬ا وَقَبَآٮِٕلَ لِتَعَارَفُوٓاْۚ إِنَّ أَڪۡرَمَكُمۡ عِندَ ٱللَّهِ أَتۡقَٮٰكُمۡۚ إِنَّ ٱللَّهَ عَلِيمٌ خَبِيرٌ۬

“Wahai manusia, sesungguhnya kami menciptakan kamu daripada sepasang lelaki dan perempuan dan kami menjadikan kamu kepada berbangsa-bangsa dan kberkaum supaya kamu saling kenal-mengenal antara satu sama lain. Sesungguhnya yang paling dimuliakan disisi Allah SWT dikalangan kamu ialah orang yang paling bertakwa diantara kamu. Sesungguhnya Allah SWT yang Maha Mengetahui dan yang Maha Mengenal”. [TMQ Al-Hujuraat, 49:13].

Pada hari ini kita mendapati kaum muslim terbahagi kepada 57 buah negara dan kelak nanti akan dipecah2kan lagi menjadi 58 buah negara. Kita juga tahu bahawa ia bukan satu perkara yang sepatutnya berlaku, dan Islam sendiri tidak membenarkan perkara ini berlaku. Ia sebenarnya merupakan pencetusan dan dorongan daripada pihak kufar. Masalahnya provokasi serta propaganda trhadap daulah Islam daripada golongan pendatang yang menetap di dalam negara Islam serta perbuatan sebahagaian orang Islam yang hipokrit sebenarnya berlaku juga pada zaman Rasulullah SAW. Ianya dilakukan oleh orang-orang Yahudi yang menetap di Madinah dan mereka melakukannya ke atas orang-orang Aus dan Khazraj.

Mereka berasa benar-benar iri hati melihat perjanjian dan suasana saling sayang menyayangi di antara puak Aus dan Khazraj di dalam Islam sedangkan sebelum ini kedua-duanya saling perang –memerangi. Mereka hampir-hampir berperang sebelum Rasulullah SAW bertindak untuk mendamaikan mereka semula dan baginda bersabda:

“Adakah kamu menyeruh kaepada jahilliyah sedangkan aku masih lagi bersama kamu ? Dan Rasulullah SAW membacakan ayat:

وَٱعۡتَصِمُواْ بِحَبۡلِ ٱللَّهِ جَمِيعً۬ا وَلَا تَفَرَّقُواْۚ وَٱذۡكُرُواْ نِعۡمَتَ ٱللَّهِ عَلَيۡكُمۡ إِذۡ كُنتُمۡ أَعۡدَآءً۬ فَأَلَّفَ بَيۡنَ قُلُوبِكُمۡ فَأَصۡبَحۡتُم بِنِعۡمَتِهِۦۤ إِخۡوَٲنً۬ا وَكُنتُمۡ عَلَىٰ شَفَا حُفۡرَةٍ۬ مِّنَ ٱلنَّارِ فَأَنقَذَكُم مِّنۡہَاۗ كَذَٲلِكَ يُبَيِّنُ ٱللَّهُ لَكُمۡ ءَايَـٰتِهِۦ لَعَلَّكُمۡ تَہۡتَدُونَ

“Dan berpeganglah kamu semuanya kepada tali allah SWT, janganlah kamu bercerai berai, dan ingatlah akan nikmat AllaH kepadamu ketika kamu dahulu (masa jahilliya) bermusuh-musuhan, maka Allah menjinakan antara hatimu, lalu menjadikan kamu kerana nikmat Allah orang-orang yang bersaudara; dan kamu telah berada di tepi jurang neraka, lalu Allah menyelamatkan kamu daripadanya. Demikianlah Allah SWT menerangkan ayat-ayatNya kepadamu, agar kamu mendapat petunjuk” [TMQ Al Imran, 3:103].

Lantas ayoh saudaraku, sekalin, kita satukan kembali kaum muslimin, dengan sebuah kesatuan yang menjaga juga menerapkan syariat Islam, seperti mana kita pernah lalui 1300 tahun lamanya.

Itulah al Khilafah Islamiyah.

Dan kini cahaya kehadirannya telah mulai memancar, sinar gelora kebangkitanya telah mula terlihat. Ayoh saudaraku rapatkan barisan menyonsong kemenangan dan kemuliaan yang telah dijanjikan

Allahuakbar!!!