Dari Abdullah bin ‘Umar radhiallahu anhuma bahwa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
إِذَا أَكَلَ أَحَدُكُمْ فَلْيَأْكُلْ بِيَمِينِهِ وَإِذَا شَرِبَ فَلْيَشْرَبْ بِيَمِينِهِ فَإِنَّ الشَّيْطَانَ يَأْكُلُ بِشِمَالِهِ وَيَشْرَبُ بِشِمَالِهِ
BOGOR,INDONESIA |
Bersama kita
bincangkan mengenai dua cara makan antara pengaruh yang di bawa oleh Confucius dengan
sunnah Rasullallah SAW. Biasa kita melihat bangsa china menggunakan dua batang
kayu halus ini untuk menyuapkan makanan kedalam mulut. Jepun, Korea , Taiwan dan
Vietnam mereka melazimkan budaya ini dalam kehidupan. Mereka meraikan dengan
baik budaya mereka, dan kita?adakah kita meraikan budaya yang di bawa oleh
Baginda SAW . Budaya ini jika diselarikan dengan niat kerana Allah, ia di kira
ibadah.
Sebenarnya kita
pun ada chopstick yang Allah kurniakan sejak kita di lahirkan. Allah ciptakan
jari kita ini untuk memudahkan pelbagai pekerjaan termasuk menyuap makanan. Jika hendak
di bandingkan, selain enzim yang ada pada tangan ini , 10 kali ganda dari enzim
pada air liur kita. Setiap kali hendak makan, tak perlu kita fikirkan adakah
kedai ini menyediakan chopstick kerana chopstick orang islam kita bawa kemana
sahaja kita pergi dan sentiasa boleh di guna semula. Tak perlu membazir . Biasanya
chopstick yang digunakan pakai buang dan diperbuat dari buluh, plastic dan
suatu ketika dahulu emas, gading dan
perak digunakan bahan membuat chopstick bagi golongan pembesar.
Nabi kita makan menggunakan 3 jari sahaja bila
menyuapkan makanan , atas hikmah itu, Rasullallah tidak mewajibkan makan hanya
menggunakan 3 jari kerana sulit bagi sesetengah manusia akhir zaman ini. Cukuplah
kita menggunakan jari ini menghargai nikmat pinjaman Allah ini. Selepas guna,
basuh dan digunakan untuk kerja-kerja yang lain. Hebat sungguh chopstick orang
islam “multipurpose” .
Tidak menjadi
kesalahan atau dosa makan tidak menggunakan tangan , tetapi ia merupakan adab
dan adat orang islam dan bangsa melayu. Tidak salah kita raikan sesuatu itu
yang membawa manfaat kepada kehidupan seharian kita.
salam...nak tanye...pasal chopstick tu kan...memang xboleh guna ke or cmne?
ReplyDeletei aritu dengar uai bagi ceramah
dy ckap kalau macam malaysia nie org islam xboleh guna chopstick
sebab malaysia mostly islam kan?
tp kalau macam kat korea,china,jepun n seangkatan dengannya
uai cakap boleh
tp xtahu la kalau salah dgr
Wassalam..uai ckp tiada nas yg melarang utk mkn guna chopstick, beliau pun xkata x blh..cuma utk elak fitnah dr org tuduh kita kafir baik elak. Klu di negara cina sndri..rakyat dorg pun ramai islam..tp msih mkn guna chopstick..kenapa? Sb mmg bangsa dorg mkn guna chopstick..dh jd adat dorg, mcm kita pulak kt malaysia ni..x salah pn nk mkn guna chopstick, boleh je..tp lebih afdal guna tgn atau sudu garfu utk elak fitnah..tu je..
Deletewslm,tdk mnjd haram atau kesalahan, cuma lebih afdhal menggunakan tangan sbb itu sunnah Nabi kita :)
ReplyDeleteMakan mee sup kari ingat guna jari tau. Tak payah guna garpu, sudu atau chopstick, takut Kena fitnah. Semua penggunaan peralatan ini bukan berasal daripada nusatara sini. Kuat sembang macam kari. Selagi dalam Islam tidak mengharamkan penggunaan peralatan tersebut, mana datang pula fitnah? Si fitnah yang patut menanggung hukuman fitnah sendiri atas kecetekan ilmu islam sendiri.
ReplyDeletesbb tu kena faham, jgn undang fitnah..
DeleteRilek la bang. Jangan marah kita bincang. Bila yg berilmu asyik marah macam mana la orang2 jahil nak menimba ilmu.
Delete