Sunday, October 21, 2012

CHOPSTICK SUNNAH RASULLALLAH SAW


Dari Abdullah bin ‘Umar radhiallahu anhuma bahwa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

إِذَا أَكَلَ أَحَدُكُمْ فَلْيَأْكُلْ بِيَمِينِهِ وَإِذَا شَرِبَ فَلْيَشْرَبْ بِيَمِينِهِ فَإِنَّ الشَّيْطَانَ يَأْكُلُ بِشِمَالِهِ وَيَشْرَبُ بِشِمَالِهِ

BOGOR,INDONESIA
“Jika seseorang di antara kalian makan, maka hendaknya dia makan dengan tangan kanannya. Jika dia minum maka hendaknya juga minum dengan tangan kanannya. Kerana syaitan makan dengan tangan kirinya dan minum dengan tangan kirinya pula.” (HR. Muslim no. 3764)
BANDUNG,INDONESIA

Bersama kita bincangkan mengenai dua cara makan antara pengaruh yang di bawa oleh Confucius dengan sunnah Rasullallah SAW. Biasa kita melihat bangsa china menggunakan dua batang kayu halus ini untuk menyuapkan makanan kedalam mulut. Jepun, Korea , Taiwan dan Vietnam mereka melazimkan budaya ini dalam kehidupan. Mereka meraikan dengan baik budaya mereka, dan kita?adakah kita meraikan budaya yang di bawa oleh Baginda SAW . Budaya ini jika diselarikan dengan niat kerana Allah, ia di kira ibadah.
Sebenarnya kita pun ada chopstick yang Allah kurniakan sejak kita di lahirkan. Allah ciptakan jari kita ini untuk memudahkan pelbagai pekerjaan termasuk menyuap makanan. Jika hendak di bandingkan, selain enzim yang ada pada tangan ini , 10 kali ganda dari enzim pada air liur kita. Setiap kali hendak makan, tak perlu kita fikirkan adakah kedai ini menyediakan chopstick kerana chopstick orang islam kita bawa kemana sahaja kita pergi dan sentiasa boleh di guna semula. Tak perlu membazir . Biasanya chopstick yang digunakan pakai buang dan diperbuat dari buluh, plastic dan suatu ketika dahulu  emas, gading dan perak digunakan bahan membuat chopstick bagi golongan pembesar.
Saya tertarik kisah seorang raja bernama tengku kudin bila di jemput makan di rumah seorang resident british. Ketika hadirin ingin mula menjamu selera, beliau terus bangun dan membasuh tangan nya lalu menyuap makanan menggunakan tangan. Bila di tanya kenapa tidak menggunakan sudu, jawapan beliau pertama saya yakin tangan saya ini lebih bersih dari sudu, kedua saya yakin tangan ini  bersih sebab saya tidak pernah pinjamkan kepada orang lain dan ketiga tangan ini tak pernah terjatuh ke dalam mana-mana longkang dan saya yakin ia sentiasa bersih bersama saya.
 Nabi kita makan menggunakan 3 jari sahaja bila menyuapkan makanan , atas hikmah itu, Rasullallah tidak mewajibkan makan hanya menggunakan 3 jari kerana sulit bagi sesetengah manusia akhir zaman ini. Cukuplah kita menggunakan jari ini menghargai nikmat pinjaman Allah ini. Selepas guna, basuh dan digunakan untuk kerja-kerja yang lain. Hebat sungguh chopstick orang islam “multipurpose” .
Tidak menjadi kesalahan atau dosa makan tidak menggunakan tangan , tetapi ia merupakan adab dan adat orang islam dan bangsa melayu. Tidak salah kita raikan sesuatu itu yang membawa manfaat kepada kehidupan seharian kita.


5 comments:

  1. salam...nak tanye...pasal chopstick tu kan...memang xboleh guna ke or cmne?
    i aritu dengar uai bagi ceramah
    dy ckap kalau macam malaysia nie org islam xboleh guna chopstick
    sebab malaysia mostly islam kan?
    tp kalau macam kat korea,china,jepun n seangkatan dengannya
    uai cakap boleh
    tp xtahu la kalau salah dgr

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam..uai ckp tiada nas yg melarang utk mkn guna chopstick, beliau pun xkata x blh..cuma utk elak fitnah dr org tuduh kita kafir baik elak. Klu di negara cina sndri..rakyat dorg pun ramai islam..tp msih mkn guna chopstick..kenapa? Sb mmg bangsa dorg mkn guna chopstick..dh jd adat dorg, mcm kita pulak kt malaysia ni..x salah pn nk mkn guna chopstick, boleh je..tp lebih afdal guna tgn atau sudu garfu utk elak fitnah..tu je..

      Delete
  2. wslm,tdk mnjd haram atau kesalahan, cuma lebih afdhal menggunakan tangan sbb itu sunnah Nabi kita :)

    ReplyDelete
  3. Makan mee sup kari ingat guna jari tau. Tak payah guna garpu, sudu atau chopstick, takut Kena fitnah. Semua penggunaan peralatan ini bukan berasal daripada nusatara sini. Kuat sembang macam kari. Selagi dalam Islam tidak mengharamkan penggunaan peralatan tersebut, mana datang pula fitnah? Si fitnah yang patut menanggung hukuman fitnah sendiri atas kecetekan ilmu islam sendiri.

    ReplyDelete