Wednesday, November 17, 2010

BERITA HAIRAN SEMPENA EDUL ADHA 1431 H

KUALA PILAH-Pihak pemberita telah memilih kawasan ini sebagai lokasi untuk membuat liputan sempena RAYA EDUL ADHA tentang ibadah qurban yang diadakan setiap tahun bagi yang menganut agama islam.Ibadat korban merupakan suatu ibadat                  
yang sangat digalakkan dalam Islam,khususnya bagi mereka yang berkemampuan dari segi kewangan. Ibadat qurban telah disyariatkan oleh Allah pada tahun 2 Hijrah Maka dengan peristiwa pengorbanan Nabi Ibrahim a.s dan anak nya Nabi Ismail a.s ,maka ia dijadikan permulaan sejarah qurban ini dalam umat islam..Kebiasaannya ,penduduk kampung disini melakukan ibadah qurban ini secara bergotong royong.Kebiasaan haiwan disini yang diqurban kan adalah lembu.Seekor lembu mewakili 7 bahagian yang mewakili orang yang mengerjakan ibadah qurban.Walaubagaimanapun ,tidak menjadi masalah andai kambing,rusa,unta,pelanduk, dijadikan haiwan qurban,asalkan ia tidak cacat,cukup umur dan cukup syarat.Apa yang menyedihkan,pada asalnya kampung ini ingin menumbangkan 7 ekor lembu jantan,malangnya seekor dari lembu itu berjaya melepaskan diri atas kecuaian penduduk kampung itu sendiri.Wakil wartawan kami telah memilih beberapa anak watan kampung ini yang telah berjaya yang kami temui ketika mereka pulang beraya bersama-sama keluarga mereka:
wartawan:apakah erti korban sebenar dan sejarah ibadah qorban?
Ustaz Abdul Rahman: secara ringkasnya,ibadah korban dilakukan sempena memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim a.s yang sanggup menyembelih anak kesayangannya Nabi Ismail a.s kerana taat kepada perintah ALLAH. Namun, berkat kesabaran serta ketaatan kedua-dua ayah dan anak ini maka ALLAH telah menggantikannya dengan seekor binatang ketika Nabi Ibrahim sudah bersedia menyembelih anaknya itu.Ibadah korban adalah suatu perbuatan menyembelih binatang kerana mengharap keredhaan dan untuk mendekatkan diri kepada ALLAH SWT.Ketika bermula nya memancutnya darah haiwan sembelihan itu,maka terampunlah dosa-dosa bagi orang yang mengerjakan ibadah qurban tersebut.


wartawan:sebagai anak muda kampung ini,apakah kelebihan mengerjakan ibadah qorban ini secara bergotong royong?
MAN UJANG:pada pendapat peribadi saya,ia perlu diteruskan kerana ia merapatkan lagi silaturrahim antara penduduk kampung.Seperti saya yang belajar di luar,jarang sekali bertemu rakan-rakan yang pernah menjadi teman sepermainan masa kecil dahulu,tetapi dengan program sebegini,kami semua dapat bertemu semula.Selain itu ia dapat memupuk semangat kerjasa dan semangat muhibbah antara penduduk kampung.




WARTAWAN: APAKAH KELEBIHAN IBADAH BERQORBAN?
BAMAN:Selain ia dapat menggalakan dan memupuk sifat bersedekah dan membantu fakir miskin,ia menzahirkan kecintaan kita pada Allah.Sangat banyak hadis Rasulullah saw yang menerangkan tentang keutamaan berkorban,dan di dalamnya terdapat pelbagai rahsia dan hikmah yang sangat besar.Hadis-hadis tersebut di antaranya: "Tiada suatu amalanpun yang dilakukan oleh manusia pada Hari Raya Korban, lebih dicintai oleh Allah swt selain darimenyembelih haiwan korban. Sesungguhnya haiwan korban itu nanti di hari kiamat akan datang berserta tanduk-tanduknya, bulu-bulunya, kuku-kukunya dan sesungguhnya sebelum darah korban itu menyentuh tanah, pahalanya telah diterima di sisi Allah, maka beruntunglah kamu semuanya dengan pahala korban itu". (HR. Tirmidzi dan Ibn Majah)


Wartawan:bagaimanakah cara pembahagian sebenar daging qurban yang disarankan?
Darulhabab:Satu bahagian untuk dimakan oleh dirinya dan ahli keluarganya,satu bahagian disedekahkan kepada fakir miskin
,satu bahagian dijadikan sebagai hadiah kepada rakan-rakan, para jiran atau sebagainya sekalipun mereka kaya.Dan jika ia sebagai qurban nazar,wajib kesemuanya daging itu disedekahkan pada fakir miskin,jika orang yang melakukan ibadah qurban itu memakannya juga,ia wajib menggantikan dengan harga daging itu.

Saturday, November 13, 2010

Kewajipan Shabab Pada Hari Ini

 
 
  Mukadimmah

    Saya cuba untuk menyampaikan tulisan Presiden Persatuan Ulama’ Sedunia , Dr Yusuf Al Qadrawi dalam kitabnya bertajuk Kewajipan Shabab Pada Hari Ini secara ringkas dan padat. Moga perkongsian yang memberi manfaat kepada kita. Perbincangan Mengenai kewajipan  Shabab atau Remaja Muslim pada hari ini.  Apakah kewajipan tersebut?  Di sana terdapat remaja  dan remaja Islam, Kewajipan di atasnya, kewajipan yang terikat dengan waktu tertentu iaitu pada zaman sekarang.

Siapakah Orang Muslim.
 Seorang Muslim adalah hakikat kepada kewujudan ini . Dia ialah pemilik risalah yang kekal, pewaris kepada para nabi yang berpindah padanya. Dia juga pemilik kepada peninggalan para nabi yang terpamer di dalam Islam sebagai agama dan system kehidupan. Orang Muslim adalah seorang yang membawa risalah ini, risalah Muhammadiah, risalah Al Quran dan risalah yang kekal.
Remaja Adalah Tempoh Kekuatan.
Remaja adalah waktu yang menunjukkan tempoh kekuatan seseorang dan semangat yang kuat  kerana ia adalah pertengahan umur dan setiap perkara pertengahan adalah yang terbaik. Ketika mana matahari berada di langit pada waktu tengah hari,cahayanya lebih kuat dan bahangnya yang panas. Jadi waktu remaja ini adalah tempoh kekuatan dan semangat di dalam umur manusia. Dan dari sinilah pentingnya untuk mengambil berat terhadap tempoh tersebut. Tempoh ini merupakan satu tempoh atau marhalah untuk memberi,berusaha, dan mampu untuk menanggung ujian-ujian. Justeru, para pendakwah dan pelindung-pelindung risalah Allah adalah remaja.
Empat Kewajipan  Ke Atas Remaja Islam.

 Kewajipan Memahami Islam Secara Sahih.
Sesungguhnya kewajipan yang pertama ke atasnya ialah memahami Islam secara shahih. Ini kerana ilmu mendahului amal. Menjadi kewajipan ke atas remaja Islam memahami Islam dengan kefahaman yang sebenar serta mendalami agama. Di mana orang ramai menzalimi Islam dengan memasukkan perkara-perkara yang bukan daripada Islam dan mengeluarkan perkara-perkara daripada Islam yang mnejadi tunjang pengajaran Islam.
Kewajipan Beramal dengan Islam.
Benar, di dalam Islam tidak cukup dengan hanya seseorang itu dengan pengetahuan di dalam akal sahaja. Dia membaca, mempelajari, dan kepalanya dipenuhi dengan ilmu. Tetapi kemudian tidak melakukan apa-apa selepas itu. Bukan begitu, Islam menginginkan ilmu yang membuahkan amal dan bukannya ilmu yang membuahkan percakapan dan perdebatan. Islam menginginkan pengetahuan yang berhubung dengan hati yang menerangkan hati dan keinginan.
Kewajipan Berdakwah kepada Islam.
Tidak memadai seseorang individu Muslim baik terhadap dirinya sahaja, bahkan Islam mentaklifkan individu itu untuk memperbetulkan orang lain kemudian dia membawa dakwah untuk mngislahkan orang lain. Justeru kita mendapati surah Al Asr meletakkan syarat untuk seseorang itu selamat dari kerugian dengan memberi dia nasihat dengan kebenaran kepada orang lain dan dia menerima nasihat dari orang lain.
Kewajipan Bersatu Di Atas Islam.
Sesungguhnya remaja –remaja yang cuba membawa diri mereka untuk emahami Islam dengan fahaman yang betul, untuk beriman dengan Islam dengan iman yang mendalam dan untuk saling member wasiat di antara satu sama lain dan mengajak orang kepada Islam, semestinya saling menolong  antara satu sama lian dan mengikat hubungan ukhwah Islamiah di antara mereka. Tiada gerak kerja dalam Islam secara solo atau bersendirian, sesungguhnya gerakan secara bersendirian tidak cukup dan tidak memadai.

Kesimpulan.
Masalah sosial yang melanda remaja pada hari ini, kerana remaja atau shabab gagal dalam memahami kewajipan yang perlu mereka laksanakan. Mereka mula ghairah mengejar isi dunia ditambah terlalu banyak elemen yang dimasuk oleh musuh-musuh bertujuan merosakkan remaja Islam.Tidak hairan, negara kita jaguh dalam kelahiran anak luar nikah,jaguh dalam isu mat rempit dan masalah sosial yang lain. Kesannya kita kehilangan shabab yang menjadi tunjang utama dalam Islam. Kita kegersangnan tenaga-tenaga muda untuk membantu gerakan dakwah. Bangkitlah wahai Shabab!! Manfaatkan tenaga dan semangatmu..



Wednesday, November 3, 2010

AKU KADANG-KADANG,JADI PELIK DAN HAIRAN LAH!!!

Sebelum tu ,aku nak ucap selamat membaca dan Assalamualaikum..
Tahu ke apo yang den polik bona ni??(hobin jang hobin)huhu. Pueh den peghatikan gelagat orang melayu sekarang ni...Cuba tengok ye,kenapa jika seorang biarawati yang tertutup dari kepala hingga ujung jari kaki ia dihormati karena membaktikan dirinya untuk Tuhan mereka, sedangkan jika seorang muslimah melakukannya, ia sering dicap "tertindas"? yang saya dengar masa sabtu lepas ,seorang pakcik ni cakap pada saya bila ternampak ada dua orang perempuan pakai niqob@ purdah, “man,ko tgk tu,mcm maunah,abg tgk mcm Taliban pon ada” kata pakcik tu sambil menggelarkan diri dia abang. Sedih aku mengenangkan hal ni. Then,mengapa seorang Yahudi ramai  memelihara janggutnya (yahudi dan kristian berbeza) dan ia dipandang sedang melaksanakan kepercayaannya, konon nya ini yahudi yang baik,yang taat pada agama mereka,yang peliknya ada diantara umat islam berbangga dengan mereka…dan ketika seorang Muslim melakukannya ia adalah seorang ekstrimis?konon ni orang tunjuk alim,janggung kambing,dan mcm2 fitnah dilemparkan. Sedangkan membela janggut adalah sunnah nabi. Dan jika seorang wanita barat tinggal @ bukan islam duduk di rumah dan selalu bersama anak-anaknya, ia dianggap tengah berkorban dan berbuat baik untuk rumahtangganya, ini contoh wanita baik. Tetapi jika seorang perempuan Muslim melaksanakannya ia dianggap "perlu dimerdekakan". Mesti ada suara mengatakan “inilah akibat kawen dengan lelaki alim,akhirnya kene sumbat ke dapur juga” ish!! Teruk betol fikiran begini. Memamg lah tak salah jika wanita tu nak bekerja ,asalkan mendapat keizininan suami,dan biarkan sahaja isteri itu membuat keputusan,asalkan ia tidak membawa keburukan pada keluarga. Kebahagian wanita itu terletak pada suami mereka, didiklah dengan cara yang baik.Jika seorang anak meraih keberhasilan pada suatu disiplin ilmu,konon pandai matematik,sains. Ia dianggap berpotensi, tetapi jika ia membaktikan dirinya pada Islam, ia dianggap tak ada harapan? Konon belajar dan mendalami ilmu agama pada usia kanak-kanak membuatkan kanak-kanak itu tidak berjaya dah besar nanti. Dahulupun ibnu Khaldun, Ibnu rusyd , ar-razi, dan lain-lain,mereka tokoh sains dan teknologi yang sangat hebat,tetapi kecil-kecil lagi dah mengahafal al-quran dan mendalami ilmu fiqah.Ketika seorang Kristian membunuh seseorang, agama tidak pernah disebut-sebut (contohnya  teroris IRA), kita tak kata pula kristian agama keganasan,tetapi ketika seorang Muslim membunuh,ia  dituduh dengan suatu tindakan kriminal, Islamlah seolah-olah yang adil? Islam berada dihujung mata pedang,islam itu keganasan. Ni apa kes!!!Renungkanlah selama 60 detik dan katakanlah! Lihat apakah setan akan menghentikannya agar manusia sering berteingkah sesama manusia.

Tuesday, November 2, 2010

jalan kitakah kita lalui sekarang?

Jalan yang terbaik adalah jalan yang dibina atas kehendak diri sendiri. Jalan itu berasaskan kepada cita-cita kita, impian, angan-angan, matlamat atau apa sahaja yang kita mahu mungkin sejak kecil lagi. Binalah ia dan jangan ia hancur kerana pengaruh orang lain.
 
Jalan yang kita lalui bukan jalan yang ditentukan oleh orang lain sama ada mereka ibu bapa kita, rakan, mentor, sahabat, rakan niaga, penulis, motivator, jurulatih atau sebagainya.

Mereka itu semua hanya berperanan untuk membimbing, berkongsi ilmu dan memberi cadangan kepada kita sahaja terhadap jalan yang kita pilih. Sebaliknya, segala keputusan bukan di tangan mereka. Jalan mana yang mahu kita lalui, ia adalah di dalam bidang kuasa kita.
Namun segalanya sedang ke arah kehancuran apabila kita mudah melutut kepada cadangan dan kata-kata orang lain tanpa menilai terlebih dahulu kepada kehendak jiwa kita. Apabila sampai di pertengahan jalan, kita mula menyesal kerana jalan itu dibina atas kehendak orang lain.

Binalah jalan sendiri. Jika kita gagal, kita puas hati dan tidak akan menyalahkan atau melibatkan pihak lain. Allah menyuruh kita berusaha dan kemudian Allah menyuruh kita bersabar jika menghadapi ujian. Ini bermaksud, jika usaha jalan yang dipilih itu gagal, penawar awalnya adalah kesabaran.
Beberapa perkara yang perlu diawasi dalam hidup ini:
  • Setiap orang akan cuba mempengaruhi orang lain untuk kepentingan tertentu.
  • Semua orang ada propaganda masing-masing sama ada dalam sedar atau tidak. Baik mereka ada udang di sebalik batu.
  • Buat baik berpada-pada, baik jahat jangan sekali. Jangan mudah terpengaruh dengan kebaikan manusia. Ambil masa untuk ‘menilai’ hati budi mereka.
  • Elakkan memuji manusia berlebih-lebihan. Kelak kita akan kecewa jika orang yang dipuji itu melukai kita walaupun hanya sekali.
  • Jangan mudah berkata “YA” terhadap sebarang tawaran dan idea orang lain. Berikan kita masa untuk menilai baik buruk, pro dan kontra. UTAMAKAN jalan dan usaha kita dahulu. Susah senang kita, makan minum kita, bukan mereka yang tanggung jika sesuatu berlaku. Pentingkan diri sendiri dahulu.
  • Utamakan dahulu diri sendiri, ibu bapa, anak isteri dan sanak saudara. Dalam tidak sedar, kita kadang-kadang lebih suka mengutamakan orang lain tetapi ahli keluarga kita terkontang-kanting, kelaparan dan kesusahan. Ingatlah, Rasulullah S.A.W telah berpesan bahawa sebaik-baik sedekah adalah kepada ahli keluarga.
  • Tidak perlu meletak terlalu banyak syarat untuk mengecapi hidup yang bahagia. Apa yang anda miliki sekarang sudah memadai untuk dijadikan sebagai wadah kebahagiaan. Sifat merasa cukup apa yang ada dan menghargai apa yang dimiliki adalah kunci utama kebahagiaan.
  • Tidak perlukan orang luar untuk “menyintai” dan sayangkan kita. Tidak perlu memaksa itu semua. Dalam tidak sedar, kita telah memiliki ibu bapa, keluarga, pasangan hidup dan anak-anak yang 100% menyayangi kita. Itu sudah memadai. Namun manusia kebanyakan melupai apa yang ada dan mengejar yang belum pasti.
  • Perlu ada PRINSIP HIDUP untuk dijadikan sebagai asas penilaian.
Berbalik kepada tajuk entri ini, apakah jalan yang anda mahu bina? Cuba ingati semula impian anda beberapa tahun yang lepas atau pada masa kecil dahulu, adakah impian itu lebih anda cintai, serasi dan mahu, berbanding yang anda lakukan sekarang?

Atau soalan yang lebih spesifik, adakah yang anda lakukan sekarang adalah kehendak orang lain? Atau yang lebih menyedihkan, anda melakukannya tanpa sedar atas pengaruh orang lain.Cuba renungkan.

Friday, October 22, 2010

SURAH ANNAS..

Assalamualaikum WBT dab Salam Sejahtera
dah lama tak update,tk tau nak kongsi apa,so..
Hari ini saya cuba ingin  kongsikan terjemahan surah An Nas.Bukan lah mufassirin saya ni,ustaz,cuma orang biasa je..
Saya yakin dan percaya   ramai orang dah hafal surah ini. tapi kan ,sudahkan kita memahami ayat ini
Terjemahan Surah An Nas:
1. Katakan lah (wahai Muhammad) bahawa aku berlindung kepada Allah Tuhan Pemelihara sekelian manusia
2. Yang menguasai sekalian manusia
3. Tuhan yang berhak di sembah oleh sekelian manusia
4. Dari kejahatan pembisik , penghasut yang timbul dan tenggelam
5. Yang melemparkan bisikan dan hasutannyake dalam hati manusia
6. Iatu pembisik dan penghasut (kejahatan) dari kalangan jin dan manusia
Pengajaran dari surah ini ialah:
1.  Kita semua wajib menyembah Allah
2. Allah SWT sahaja yang memelihara sekelian manusia
3. Syaitan itu yang selalu membisik dan menghasut kita
4. Syaitan itu membisikkan ke dalam hati2 manusia, jika hati itu kuat maka tewaslah syaitan itu. tapi sebaliknya jika hati itu lemah maka berjayalah mereka menghasut manusia
5.  Dan kejahatan itu bukan sahaja berpunca dari syaitan tetapi juga dari manusia, (manusia yg berhati syaitan dan yang bersekutu dengannya)
bacalah alquran sekerab yang mungkin supaya hati kita menjadi tenang dan senag.

Wednesday, August 25, 2010

FAKTA

Kita diajar dalam buku biologi, buku pemakanan (kajian dan terbitan para kafir ni) bahawa kalau nak dapat vitamin B dan kalau nak tambah darah kita kena makan hati haiwan dan hati ayam tetapi sebenarnya Nabi kita tidak menggalakkan pemakanan organ dalaman.

Sebenarnya makan hati ayam dapat melembabkan otak kita sebab hati merupakan organ dimana semua toksin akan dikumpulkan dan dineutralkan. so kepekatan toksin adalah tinggi di hati ayam. makanlah kita toksin tersebut serta bengaplah otak kita umat Islam sebab percaya buku sains keluaran kafir ini.

Friday, July 30, 2010

Fikrah tak penting?asalkan faham dah cukup...



Kembli saya untuk bersama2 kalian untuk mengongsikan pandanagn dari sudut tahap kefaham melalui pengalaman serta rujukan-rujukan tertentu. Kali ini berkaitan fikrah,ia berasal dari perkataan FAKARA,FIKRUN,FIKIR yang bermaksud fikir,pemikiran atau dari segi istilah nya tahap pemahaman mengikut tahap ilmu seseorang lalu menghasilakn sesuatu penilaian dan diaplikasikan dalam kehidupan.
                Apa yang cuba saya nak cuba kupaskan fikrah dalam golongan anak-anak seterusnya  naik kepada golongan  remaja. Saya akan bentangkan satu contoh  ,dimana seorang anak A melihat ayahnya solat malam sehinggakan meniggalkan tempat tidurnya memikirkan bahwa ayahnya  itu menyusahkan diri dan membebankan diri sendiri,lebih baik tidur sahaja,akan tetapi kes kepada anak B ialah pada situasi yang sama,tetapi didalam hati kecil memikirkan betapa rajin ayahnya beribadah sehingga ternanam cita-cita  si anak itu mengikuti jejak langkah ayahnya,mengapa ia terjadi dua tafsiran  yang berbeza padahal situasi yang sama , umur yang sama dan zaman kelahiran yang sama,tetapi tafsiran dan fahaman yang berbeda(acece,ayat indon ke berbeda ni?)?tentu ia bermula dari tahap kefahan anak tersebut,siapa yang mencorakkan nya?jikalau bukan ibu bapa,abang kakak dirumah dan guru-guru disekolah.
                Maka, saya dapat menggantikan fikrah ini kepada perkataan lain,ia itu ibarat “software” pemikiran kehipuan seseorang. Inilah  isu pada zaman sekarang dimana hiburan melampau dianggap menghilangkan tekanan( tention),pergaulan bebas dikatakan merapatkan silaturrahim, berpakaian yang kurang sopan dikatakan trend terkini yang mengikut peredaran zaman kononya,bercinta sebelum berkahwin kononnya satu jalan menegenali pasangan dengan lebih mendalam demi kebahagian rumah tangga kelak dan lain-lain. Semua ini telah diterangkan didalam alquran,disebutkan didalam hadish dan dipersembahan oleh Baginda tercinta Rasullalah melalui rakaman sirah annabawiyah,tentang peradaban dan cara hidup yang benar. Yang pastinya jika kita mengikut apa yang diajarkan oleh islam,sudah terjamin selamat dan tiada risiko yang buruk. Itu sebab agama kita diberi nama islam,kerana ia selamat dan digunakan tanpa was - was.
                Bayangkan seandainya seluruh dunia ini telah berjaya dikalahkan dengan fahaman (fikrah ) barat,maka sebenarnya sudah bermula peperangan dunia yang paliiing besar,pada masa itu lah kehancuran dan keruntuhan akhlak akan berlaku,kita tidak mampu kalahkan sekelip mata peperanagn saraf sebegini kerana ia berbentuk dalaman. Maka dari sekarang lah kita kene sedar bahawa penerapan fikrah islamiyah perlu bermula disaat ini.
                Antara saranan saya ialah pertama,ibu bapa terlebih dahulu perlu memurnikan fikrah mereka sejajar dengan acuan islam,seterusnya menjadi ikutan pada anak-anak. Kedua ialah,kita perlu berani menerangkan segala kebenaran itu adalah benar,usah takut dan gentar,kerana kebenaran itu milik dunia ini,bukan kebatilan. Dan ketiga,kita semua,disetiap peringkat umur,menjadi agen yang aktif dalam menyebarkan kebenaran dengan merujuk alquran melalui pakar-pakar agamawan dan ilmuan yang diiktiraf. Sekadar perkongsian. Usah jadikan hidupmu suatu sia-sia.

Thursday, June 3, 2010

macam lari tajuk ja..hm..baca ja la ye...

lama sungguh saya tenggelam kan,busy sikit..ok ,baiklah,kita sambung smula celoteh di blog i,apakah kelebihan orang yang dalam bidang sains ini bergabung dengan golongan ustaz untuk memajukan ummah..ok,sebelum itu kita sentuh sedikt isu semasa,alhamdulillah 12 orang rakyat malyisa yang dianggap wira negara dilaporkan selamat, setelah 28 jam mereka di tahan oleh rejim israil laknatullah,andai mereka ditakdirkan mereka mati,syahid menanti mereka. Itulah cita2 tertinggi bagi setiap mereka dihatinya Allah adalah utama.Disini ,saya bukan lah orang yang arif sgt,tapi cuma menerangkan atas tahap kefahaman diri ini,sedia menerima teguran dari semua pembaca.Jika kita lihat,sejarah telah membuktikan bahawa islam ini adalah satu jalan hidup (islam way of life),dimana setiap sekecil2 perkara dan sebesar2 perkara telah dikupas dalam islam,tiada satu agama pon yang begini,begitu menitik beratkan setiap prkara.
Jika kita imbau semula sejarah penubuhan HAMAS,harakatul muqawwamatil islamiyah. Ia adalah kerja sama antara dua pejuang yang amat banyak jasa nya,iaitu Shiekh Ahmad Yassin,seorang ahli agamawan dan Dr. Abdul Aziz Rantisi seorang doktor pakar prubatan.meraka shahid pun pada tahun yang sama,sorang pada 22 mac dan sorang lagi pada 17 april pada tahun 2004. Moga Allah mencucuri rahmat ke atas roh nya.Tu cuma satu cntoh.Jika kita tgk,byk tokoh2 agamawan yang juga terlibat dengan ilmu sains,seperti alkhawarizmi,Dr najmudin Elbaken dan lain2.
Dunia sekarang ini sudah tiada sempadan,sudah dipenuhi dengan bermacam2 alat2 teknologi canggih,jika suatu hari nt dunia ini ditadbir oleh dunia islam,bagaimanakah untuk mengendalikan semua ini,jika ilmu yang ada cuma ilmu agama.Semua ada pendapat masing2,tetapi sekarang ni,jgn sesekali kita mengatakan orang sekolah agama,al hafiz,tak perlu ceburi bidang sains,ada orang kata,kan baik terus jadi ustaz,sebab ustaz tak ramai..tangkapan itu salah.Mana lebih baik,seoarang ustaz biasa,atau seoarang ahli professional,yang faham agama dan menjalankan tanggugjwab.Orang sebeginilah yang kita perlukan kan,ada basic agama,dan ada kepakaran.Tapi golongn ustaz juga perlu,mereka adalh orang yang sepenuh masa menjalankan dakwah islam du muka bumi ini,berdasarkan ayat 

۞ وَمَا كَانَ الْمُؤْمِنُونَ لِيَنفِرُوا كَافَّةً ۚ فَلَوْلَا نَفَرَ مِن كُلِّ فِرْقَةٍ مِّنْهُمْ طَائِفَةٌ لِّيَتَفَقَّهُوا فِي الدِّينِ وَلِيُنذِرُوا قَوْمَهُمْ إِذَا رَجَعُوا إِلَيْهِمْ لَعَلَّهُمْ يَحْذَرُونَ ﴿١٢٢﴾



(122) Dan tidaklah (betul dan elok) orang-orang yang beriman keluar semuanya (pergi berperang); oleh itu, hendaklah keluar sebahagian sahaja dari tiap-tiap puak di antara mereka, supaya orang-orang (yang tinggal) itu mempelajari secara mendalam ilmu yang dituntut di dalam agama dan supaya mereka dapat mengajar kaumnya (yang keluar berjuang) apabila orang-orang itu kembali kepada mereka; mudah-mudahan mereka dapat berjaga-jaga (dari melakukan larangan Allah).


Jgn bataskan kebolehan umat islam.Biarlah suatu hari nt,lahir seoarang jurutera yamg memikirkan pembagunan yang selaras dengan kehendak islam,doktor yang mengamalkan perubatan cara islam dan etika2 islam,peguam yang menjadikan alquran sumber rujukan,pemerintah yang cintakan dan inginkan rakyatnya hidup cara islam.
Siapa kata islam tak boleh maju di zaman sekarang,seoarang pengkaji eropah,Pearl Kennedy berkata,"tamadun islam suatu ketika dahulu,telah terkehadapan mengalahkan eropah dari segi budaya dan ekonomi".Ha!..sebut pasal ekonomi ni,percaya tak,kemiskinan sesetengah penduduk di dunia ini boleh dibenteras dengn kembalikan DINAR MAS,tak caya..nt ada masa,saya cuba terangkan....







Wednesday, May 19, 2010

berkerja untuk islam.........kerjaya dengan islam....

sambungan dari  pena yang di bawah..
seperti yang dijanjikan sebelum ini, tentang mengapa terjadi ramai yang berkerjaya dalam islam,tetapi tidak berkerja dengan islam. Harap para pembaca membaca dengan hati terbuka,bukan nak memburukkan mana2 pihak,saya sendiri punyai ahli keluarga dari golongan pembawa agama.Ini juga atas nasihat untuk diri sendiri. Tetapi,inilah realiti yang berlaku.Berapa ramai yang berkerja dalam agama,seperti ustaz ,ustazah, jabatan agama ,hakim syariah,dan lain2,tetapi ada diantara mereka (cuma segelintir) yang tidak menunjukkan contoh yang baik,tidak berterus terang dalam menegakkan agama Allah. Setiap tahun ada sahaja kes2 yang berlaku,seperti cabul,pecah amanah ,pukul isteri,tidak menyatakan kebenaran sesuatu yang Haq, berasmara tanpa ikatan perkahwinan,ustaz menonton vedeo xxxxx dengan anak murid dan tidak melibatkan diri dalam penyatuan ummah dalam megembalikan dunia ini kepada akhlak alquran. Yang memalukan lagi,ia ada lah dari golongan yang memahami agama.Dimana ilmu2 yang penuh didada itu??Kita sebagai pembaca rasa sakit hati dan  geram dengan perbuatan ini,memanglah semua manusia tak terlepas dari dosa,akan tetapi mengapa ia kerap sangat berlaku.Bagaimanakah perubahan akan terjadi jika golongan yang sedar ini terlalu sedikit,dan yang sedikit itu pula ada golongan yang bermasalah??cuba renungkan.
apa pengajaran disini,kita semua yang beragama islam ,setelah mengucap dua kalimah syahadah,kene sedar tentang kepentingan kita sebagai hamba yang mengharapkan syurga NYA,tanggungjawab memurnikan bumi Allah. Kerja2 ini bukan sahaja terletak pada bahu-bahu ustaz  dan ustazah,akan tetapi kita juga perlu menggerakkan agama. Guna lah apa cara pon,asalkan tidak bertentangan dengan syara'.Ditempat kerja,rakan sekelas,sahabat sebilik dan teman2,ajarkan meraka untuk menitik beratkan kefahaman tentang islam. Supaya tidak berlaku banyak gejala sosial.Ini kerana golongan yang tidak solat teeeeerlalu ramai,apatah lagi golongan yang tidak menghormati Al-Quran(tidak mengikut ajaran Al quran).
Jangan kita terlalu leka dalam keseronokan dunia ini,sampaikan kita lupa ada 2 alam lagi kita akan tempuh,(alam barzakh dan hari pembalasan). Ya Allah teguhkan iman dan pendirian ku

InsyaAllah ..selepas ini ,saya akan cuba terangkan,apakah kelebihan orang yang dalam bidang sains ini bergabung dengan golongan ustaz untuk memajukan ummah..
jangan biarkan dirimu dalam kekaburan..............

Sunday, May 16, 2010

KERJA DAN KERJAYA ,SAMA KE TAK?

وَمَا كَانَ الْمُؤْمِنُونَ لِيَنفِرُوا كَافَّةً ۚ فَلَوْلَا نَفَرَ مِن كُلِّ فِرْقَةٍ مِّنْهُمْ طَائِفَةٌ لِّيَتَفَقَّهُوا فِي الدِّينِ وَلِيُنذِرُوا قَوْمَهُمْ إِذَا رَجَعُوا إِلَيْهِمْ لَعَلَّهُمْ يَحْذَرُونَ
sekadar coretan biasa dari insan biasa. Maka tergerak hati ingin ingin meluahkan yang tak seberapa untuk  tatapan pembaca kalian, setelah sekian lama mendiamkan blog ini. Isu yang akan dipetik pada kali ini ialah KERJAYA dan KERJA. Ia merupakan dua perkara yang berbeza..kerja perkara yang di lakukan dengan tidak mengharapakan upah atau gaji tetapi kerjaya sesuatu perbuatan atas dasar untuk mendapatkan hasil pendapatan  seperti gaji dan sebagainya.Mustahil seseorang berkerjaya seorang doktor tidak mengaharapkan gaji yang lumayan.Sebagai contoh kita tolong ayah menyiapkan kerja rumah tetapi ayah kerjayanya sebagai guru maka ada gaji sebagai guru tapi bantuan kita dengan kerja rumah itu tadi tak ada gaji. Jika kita sedar beza dua perkara ini,kita boleh berusha menjadi seorang professional untuk mencapai kejayaan .Ini kerana kita sudah memahami jobskop masing2 dan dari mana untuk mulakan gerak kerja. Biar kita berkerjaya apapun akan tetapi pastikan setiap saat dan hembusan nafas kita adalah bergelar pekerja untuk islam. Lakukan apa saja asalkan ia memberi manfaat pada islam  selagi mana tidak bertentangan dengan syariat.
sekadar itu saja,jika ada kelapanangan saya akan kupas mengapakah ramai berkerjaya dalam agama tapi tak berkerja dengan islam???jangan biarkan dirimu dalam kekaburan..............

Sunday, April 18, 2010

ayuh bangkit kita bersatu

Allah azza wa Jala berfirman:

يَـٰٓأَيُّہَا ٱلنَّاسُ إِنَّا خَلَقۡنَـٰكُم مِّن ذَكَرٍ۬ وَأُنثَىٰ وَجَعَلۡنَـٰكُمۡ شُعُوبً۬ا وَقَبَآٮِٕلَ لِتَعَارَفُوٓاْۚ إِنَّ أَڪۡرَمَكُمۡ عِندَ ٱللَّهِ أَتۡقَٮٰكُمۡۚ إِنَّ ٱللَّهَ عَلِيمٌ خَبِيرٌ۬

“Wahai manusia, sesungguhnya kami menciptakan kamu daripada sepasang lelaki dan perempuan dan kami menjadikan kamu kepada berbangsa-bangsa dan kberkaum supaya kamu saling kenal-mengenal antara satu sama lain. Sesungguhnya yang paling dimuliakan disisi Allah SWT dikalangan kamu ialah orang yang paling bertakwa diantara kamu. Sesungguhnya Allah SWT yang Maha Mengetahui dan yang Maha Mengenal”. [TMQ Al-Hujuraat, 49:13].

Pada hari ini kita mendapati kaum muslim terbahagi kepada 57 buah negara dan kelak nanti akan dipecah2kan lagi menjadi 58 buah negara. Kita juga tahu bahawa ia bukan satu perkara yang sepatutnya berlaku, dan Islam sendiri tidak membenarkan perkara ini berlaku. Ia sebenarnya merupakan pencetusan dan dorongan daripada pihak kufar. Masalahnya provokasi serta propaganda trhadap daulah Islam daripada golongan pendatang yang menetap di dalam negara Islam serta perbuatan sebahagaian orang Islam yang hipokrit sebenarnya berlaku juga pada zaman Rasulullah SAW. Ianya dilakukan oleh orang-orang Yahudi yang menetap di Madinah dan mereka melakukannya ke atas orang-orang Aus dan Khazraj.

Mereka berasa benar-benar iri hati melihat perjanjian dan suasana saling sayang menyayangi di antara puak Aus dan Khazraj di dalam Islam sedangkan sebelum ini kedua-duanya saling perang –memerangi. Mereka hampir-hampir berperang sebelum Rasulullah SAW bertindak untuk mendamaikan mereka semula dan baginda bersabda:

“Adakah kamu menyeruh kaepada jahilliyah sedangkan aku masih lagi bersama kamu ? Dan Rasulullah SAW membacakan ayat:

وَٱعۡتَصِمُواْ بِحَبۡلِ ٱللَّهِ جَمِيعً۬ا وَلَا تَفَرَّقُواْۚ وَٱذۡكُرُواْ نِعۡمَتَ ٱللَّهِ عَلَيۡكُمۡ إِذۡ كُنتُمۡ أَعۡدَآءً۬ فَأَلَّفَ بَيۡنَ قُلُوبِكُمۡ فَأَصۡبَحۡتُم بِنِعۡمَتِهِۦۤ إِخۡوَٲنً۬ا وَكُنتُمۡ عَلَىٰ شَفَا حُفۡرَةٍ۬ مِّنَ ٱلنَّارِ فَأَنقَذَكُم مِّنۡہَاۗ كَذَٲلِكَ يُبَيِّنُ ٱللَّهُ لَكُمۡ ءَايَـٰتِهِۦ لَعَلَّكُمۡ تَہۡتَدُونَ

“Dan berpeganglah kamu semuanya kepada tali allah SWT, janganlah kamu bercerai berai, dan ingatlah akan nikmat AllaH kepadamu ketika kamu dahulu (masa jahilliya) bermusuh-musuhan, maka Allah menjinakan antara hatimu, lalu menjadikan kamu kerana nikmat Allah orang-orang yang bersaudara; dan kamu telah berada di tepi jurang neraka, lalu Allah menyelamatkan kamu daripadanya. Demikianlah Allah SWT menerangkan ayat-ayatNya kepadamu, agar kamu mendapat petunjuk” [TMQ Al Imran, 3:103].

Lantas ayoh saudaraku, sekalin, kita satukan kembali kaum muslimin, dengan sebuah kesatuan yang menjaga juga menerapkan syariat Islam, seperti mana kita pernah lalui 1300 tahun lamanya.

Itulah al Khilafah Islamiyah.

Dan kini cahaya kehadirannya telah mulai memancar, sinar gelora kebangkitanya telah mula terlihat. Ayoh saudaraku rapatkan barisan menyonsong kemenangan dan kemuliaan yang telah dijanjikan

Allahuakbar!!!

Tuesday, March 30, 2010

Orang kata aku lahir dari perut mak... (bukan org kata...memang betul)


baca lah dengan hati ... Bila dahaga, yang susukan aku.... mak                      
Bila lapar, yang suapkan aku....
 mak                              
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. ..
 mak                    
Kata mak, perkataan pertama yang aku sebut....
 Mak  
                    
Bila bangun tidur, aku cari.... mak                              
Bila nangis, orang pertama yang datang ....
 mak                        
Bila nak bermanja, aku dekati.......
 mak                            
Bila nak bergesel, aku duduk sebelah....
 mak      
                   
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya.... mak                        
Bila nakal, yang memarahi aku....
 mak                            
Bila merajuk, yang memujukku cuma......
 mak                          
Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah....
 mak                  
Bila takut, yang tenangkan aku....
 mak           
              
Bila nak peluk, yang aku suka peluk....
 mak                          
Aku selalu teringatkan .....
 mak                                
Bila sedih, aku mesti talipon....
 mak                            
Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu.....
 mak                      
Bila bengang.. aku suka luah pada..
 mak                            
Bila takut, aku selalu panggil... 
"mmaaakkkk! "   
                
Bila sakit, orang paling risau adalah....
 mak                        
Bila nak exam, orang paling sibuk juga....
 mak                        
Bila buat hal, yang marah aku dulu....
 mak                          
Bila ada masalah, yang paling risau.... 
mak                          
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. 
mak                      
Yang selalu masak makanan kegemaranku....
 mak      
            
kalau balik ke kampung, yang selalu bekalkan lauk pauk.....
 mak            
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku....
 mak                     

Yang selalu berleter kat aku... mak                              
Yang selalu puji aku....
 mak     
                            
Yang selalu nasihat aku......
 mak                                
Bila nak kahwin..Orang pertama aku tunjuk dan rujuk.....
 mak     
 
            
 
Aku ada pasangan hidup sendiri....        
                      

Bila seronok, aku cari....pasanganku   
                      
Bila sedih, aku cari.....
 mak
  
                             
Bila berjaya, aku ceritakan pada....pasanganku                        
Bila gagal, aku ceritakan pada....
 mak    
  
                      

Bila bahagia, aku peluk erat....pasanganku                          
Bila berduka, aku peluk erat....
 emakku   
                       

bila nak bercuti, aku bawa....pasanganku                          
Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah....
 mak   
                   
Bila sambut valentine.. Aku bagi hadiah pada pasanganku 
                
Bila sambut hari ibu...aku cuma dapat ucapkan “Selamat Hari Ibu”
           

Selalu... aku ingat pasanganku  
Selalu.. mak ingat kat aku

                             
Bila-bila.... aku akan talipon pasanganku
Entah bila... aku nak talipon 
mak 
                         
Selalu...aku belikan hadiah untuk pasanganku                        
Entah bila.... aku nak belikan hadiah untuk 
emak      
             
Renungkan:   
"Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja... bolehkah kau kirim wang untuk mak?      
mak bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah".
              
Berderai air mata jika kita mendengarnya..........  
  
                

Tapi kalau mak sudah tiada.....
 .....  
MAKKKKK...RINDU MAK..... RINDU SANGAT....
         

Berapa ramai yang sanggup
   menyuapkan ibunya......  
berapa ramai yang sanggup
   mencuci muntah ibunya......  
berapa ramai yang sanggup
   mengantikan lampin ibunya.....  
berapa ramai yang sanggup
   membersihkan najis ibunya.......  
berapa ramai yang sanggup
   membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya.....    
berapa ramai yang sanggup  berhenti kerja untuk menjaga ibunya.....  
dan akhir sekali  berapa ramai yang   sembahyang JENAZAH ibunya.......  
Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu. Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut kertas yang dihulurkan oleh si anak lalu membacanya.Kos upah membantu ibu:  
1) Tolong pergi kedai : RM4.00
2) Tolong jaga adik : RM4..00
3) Tolong buang sampah : RM1.00
4) Tolong kemas bilik : RM2.00
5) Tolong siram bunga : RM3.00
6) Tolong sapu sampah : RM3.00
Jumlah : RM17.00
  
Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar si mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama.  
1) Kos mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA
2) Kos berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA
3) Kos air mata yang menitis keranamu - PERCUMA
4) Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA
5) Kos menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu -PERCUMA
Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku - PERCUMA


Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh siibu. Si anak menatap wajah ibu,memeluknya dan berkata,
  
"Saya Sayangkan Ibu".   Kemudian si anak mengambil pen dan menulis "Telah Dibayar" pada mukasurat yang sama ditulisnya.
redha Allah berada pada keredhaan ibu bapa..
jgn sesekali menjadi anak yang derhaka,sayangi mereka,hargai mereka,cintai mereka,selagi mana mereka masih ada... 

Friday, March 5, 2010

SAMBUT MAULID DI YAMAN...ALLAH HU AKBAR

JUMAAT,12 RABIULAWWAL 1431
6.45pagi:
ngantuk nye..huhu   
aku dan syahril dah awal2 pagi bangun untuk bersiap perarakan. baju melayu sponsor tapi samping kene pulangkan balik..hmm..kedetut..hehe..skema plak tu,kene pakai songkok plak,pakai la kopiah,baru slesa..
kene naik bus,so motor tinggal kan kat bukit beruang.Kami tak risau tinggalkan motor kat situ,sebab beraung tak ada lesen.Dalam bas kami dihidangkan roti dan air kotak.Alhamdulillah ada juga rezki kami untuk makan pagi.


7.45pagi:
aku pun mula beratur sambil melaungkan selawat beramai2 menggunakan "healer". mcm2 selawat yang dibawakan oleh sahabat2..ada yang sampai habis suara.tapi ramai yang heboh bergambar..hehe..jarak perarakan cuma 2.8km sahaja,berkumpul di masjid al azim,melaka.
MEH SELAWAT JAP...

للَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَآلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ، إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ، اللَّهُمَّ بَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَآلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا بَارَكْتَ عَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ، إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ


اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ، وَبَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّد، كَمَا بَارَكْتَ
عَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ، فِي الْعَالَمِينَ، إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ




skip sampai cerita malam punya PLAK YE...
6.00 petang: aku dan sahabat2 merancang untuk ke sungai udang untuk mengikuti satu ceramah yang akan disampaikan oleh Al-Habib Adnan(putra kepada Al-Habib Ali) dari Yaman.Aku memboncengkan seorang sahabat UTeM yang merupakan pelajar dari  Yaman .masalah nye aku cakap bm tak faham,cakap  arab n cakap inglish dia faham,tapi nt dia jawab soalan tu dalam bahasa melayu...hehe..adoyai..suka ati la kamu...

Mereka sangat2 ramah,baik hati dan kuat agama.Sebelum ni,kalo mintak jadi imam,laju je kedepan,mereke pemuda yang hebat n merupakan best student di Yaman.Pada mulanya sahabat aku (zahirul,MAE1233)yang bawakan zakariyya(student yaman) naik motor.. Tiba2 zahirul tak brani bawa kerana katanya motor nya goyang. so aku la yang bawakan naik motor kriss(NBE5921). Rupanya yang goyang tu bukan sebab motor zahirul yang goyang,tapi  zakariyya yang bergayut atas motor,HEHE..nyaris nak excident time buat lap,rupanya dia tak biasa naik motor,hehe kene la blaja naik motor kalo nak senang. Tibe2 sampai depan TTU3,motor aku jammed!! arg!TAKOT LEWAT SAMPAI NANTI..ingatkan enjin masalah,rupanya SUTRAH(macam kain serban) zakariyya tersangkut dalam spoket motor aku.nasib baik kami tak excident,so terpaksa berhitam tangan tuk keluarkan kain tu.kesian dia,asyik cakap2 sory2,muka pon dah takot2 dah,ingat aku makan orang ke,hehe..aku jawab la,NEVERMINE,LAA BAKSA,ada ke dia jawab,OK TIDAK MENGAPA..aik dia plak cakap melayu..hehe
       
        setelah kami sampai disana,kami terus cari tandas tuk bersihkan tangan yang terkena minyak hitam motor tadi. then selepas magrib majlis dimulakn dengan selawat n zikir.Kehadiran Al-habib Adnan amat2 la ditunggu.Beliau seorang amat alim dan kacak.mugkin beginilah iras2 wajah Baginda SAW.beliau amat menekan kan untuk sentiasa menanamkan kecintaan yang padu pada Baginda SAW kerana selepas utusan bagindalah manusia keluar dari kegelapan dan mengajar kita mengamalkan apa yang disuruh dalam al-quran.sebelum pulang kami dihidangkan dengan nasi bukhari,makan dalam dulang..SERONOK nye..


      balik kami berkonvoi dengan menjimatkan masa,kami pun pantaskan perjalanan,hehe..3 buah motor ex5 dan aku kriss.padan muka 2 buah ex5 tu,laju2 tinggal kan kami,akhirnye sesat,hehe..kami lalu shot cut..20 mnt awal2 dari yang lain..


     sampai sahaja dirumah tempat student yaman tinggal,kami diajak masuk ke bilik nya untuk makan2.mereke masakkan tuk kami..BEEEEST GILER,masakan Yaman,tak pernah aku makan sebelum ni,,...malam tu kami berkenalan dengan yadth,muhamad dan rammah.semua nye student yaman.malam itu kami pun berbual2 dalam bahasa inggeris n bahasa arab. bley la sikit2 cakap arab.nasib diorang faham.Apa yang aku dapat dari APA YANG TERJADI ini ialah bagaimana kejayaan Baginda SAWmenerapkan ukhwah dalam islam dan mengatakan kita semua adalah bersaudara(surah hujurat). kalaulah kami bukan islam,atau tidak sedar bahawa kita adalah bersaudara even lain bangsa,negara dan budaya,tentu kami tidak semesra begini.even satu malam sahaja kami bersama.
YA RASULALLAH SUNGGUH MULIA BUDI PEKERTI MU HINGGAKAN SIFAT MU DIIKUTI  DAN DITAULADANI OLEH UMAT AKHIR ZAMAN SEPERTI KAMI       ...........ALLAHUAKBAR!!

Tuesday, February 9, 2010

alumni di kmm..

aa

gaya ketua facilitator yang tak boleh tahan..
ni entah siapa kendit la.. 
sampai sesuatu pada adik..
sabda Nya; balighu anni walau ayah(sampai kan tentang ku walau sepotong ayat)








SESI JUAL BARANG..
si penjual pertama(baju oren)..dimana semua peserta berpakat tidak mengendahkan kata2 nya,tidak mahukan jualannya..tanpa pengetahuan dia kami berpakat..kasihan dia..
dan yang berbaju biru tu penjual barang kedua,dimana semua peserta berpakat untuk untuk berebut2 hendak mendapatkan barang jualan nya...
tujuan nya mengajar mereka bahawa dalam menjadi seorang pemimpin ada beberapa situasi,diantaranya ialah ada orang tak boleh terima kita langsung seperti penjual pertama,ada pula orang yang sangat2 memerlukan kita seperti penjual pertama..