Friday, March 5, 2010

SAMBUT MAULID DI YAMAN...ALLAH HU AKBAR

JUMAAT,12 RABIULAWWAL 1431
6.45pagi:
ngantuk nye..huhu   
aku dan syahril dah awal2 pagi bangun untuk bersiap perarakan. baju melayu sponsor tapi samping kene pulangkan balik..hmm..kedetut..hehe..skema plak tu,kene pakai songkok plak,pakai la kopiah,baru slesa..
kene naik bus,so motor tinggal kan kat bukit beruang.Kami tak risau tinggalkan motor kat situ,sebab beraung tak ada lesen.Dalam bas kami dihidangkan roti dan air kotak.Alhamdulillah ada juga rezki kami untuk makan pagi.


7.45pagi:
aku pun mula beratur sambil melaungkan selawat beramai2 menggunakan "healer". mcm2 selawat yang dibawakan oleh sahabat2..ada yang sampai habis suara.tapi ramai yang heboh bergambar..hehe..jarak perarakan cuma 2.8km sahaja,berkumpul di masjid al azim,melaka.
MEH SELAWAT JAP...

للَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَآلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ، إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ، اللَّهُمَّ بَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَآلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا بَارَكْتَ عَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ، إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ


اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ، وَبَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّد، كَمَا بَارَكْتَ
عَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ، فِي الْعَالَمِينَ، إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ




skip sampai cerita malam punya PLAK YE...
6.00 petang: aku dan sahabat2 merancang untuk ke sungai udang untuk mengikuti satu ceramah yang akan disampaikan oleh Al-Habib Adnan(putra kepada Al-Habib Ali) dari Yaman.Aku memboncengkan seorang sahabat UTeM yang merupakan pelajar dari  Yaman .masalah nye aku cakap bm tak faham,cakap  arab n cakap inglish dia faham,tapi nt dia jawab soalan tu dalam bahasa melayu...hehe..adoyai..suka ati la kamu...

Mereka sangat2 ramah,baik hati dan kuat agama.Sebelum ni,kalo mintak jadi imam,laju je kedepan,mereke pemuda yang hebat n merupakan best student di Yaman.Pada mulanya sahabat aku (zahirul,MAE1233)yang bawakan zakariyya(student yaman) naik motor.. Tiba2 zahirul tak brani bawa kerana katanya motor nya goyang. so aku la yang bawakan naik motor kriss(NBE5921). Rupanya yang goyang tu bukan sebab motor zahirul yang goyang,tapi  zakariyya yang bergayut atas motor,HEHE..nyaris nak excident time buat lap,rupanya dia tak biasa naik motor,hehe kene la blaja naik motor kalo nak senang. Tibe2 sampai depan TTU3,motor aku jammed!! arg!TAKOT LEWAT SAMPAI NANTI..ingatkan enjin masalah,rupanya SUTRAH(macam kain serban) zakariyya tersangkut dalam spoket motor aku.nasib baik kami tak excident,so terpaksa berhitam tangan tuk keluarkan kain tu.kesian dia,asyik cakap2 sory2,muka pon dah takot2 dah,ingat aku makan orang ke,hehe..aku jawab la,NEVERMINE,LAA BAKSA,ada ke dia jawab,OK TIDAK MENGAPA..aik dia plak cakap melayu..hehe
       
        setelah kami sampai disana,kami terus cari tandas tuk bersihkan tangan yang terkena minyak hitam motor tadi. then selepas magrib majlis dimulakn dengan selawat n zikir.Kehadiran Al-habib Adnan amat2 la ditunggu.Beliau seorang amat alim dan kacak.mugkin beginilah iras2 wajah Baginda SAW.beliau amat menekan kan untuk sentiasa menanamkan kecintaan yang padu pada Baginda SAW kerana selepas utusan bagindalah manusia keluar dari kegelapan dan mengajar kita mengamalkan apa yang disuruh dalam al-quran.sebelum pulang kami dihidangkan dengan nasi bukhari,makan dalam dulang..SERONOK nye..


      balik kami berkonvoi dengan menjimatkan masa,kami pun pantaskan perjalanan,hehe..3 buah motor ex5 dan aku kriss.padan muka 2 buah ex5 tu,laju2 tinggal kan kami,akhirnye sesat,hehe..kami lalu shot cut..20 mnt awal2 dari yang lain..


     sampai sahaja dirumah tempat student yaman tinggal,kami diajak masuk ke bilik nya untuk makan2.mereke masakkan tuk kami..BEEEEST GILER,masakan Yaman,tak pernah aku makan sebelum ni,,...malam tu kami berkenalan dengan yadth,muhamad dan rammah.semua nye student yaman.malam itu kami pun berbual2 dalam bahasa inggeris n bahasa arab. bley la sikit2 cakap arab.nasib diorang faham.Apa yang aku dapat dari APA YANG TERJADI ini ialah bagaimana kejayaan Baginda SAWmenerapkan ukhwah dalam islam dan mengatakan kita semua adalah bersaudara(surah hujurat). kalaulah kami bukan islam,atau tidak sedar bahawa kita adalah bersaudara even lain bangsa,negara dan budaya,tentu kami tidak semesra begini.even satu malam sahaja kami bersama.
YA RASULALLAH SUNGGUH MULIA BUDI PEKERTI MU HINGGAKAN SIFAT MU DIIKUTI  DAN DITAULADANI OLEH UMAT AKHIR ZAMAN SEPERTI KAMI       ...........ALLAHUAKBAR!!

No comments:

Post a Comment