Wednesday, November 17, 2010

BERITA HAIRAN SEMPENA EDUL ADHA 1431 H

KUALA PILAH-Pihak pemberita telah memilih kawasan ini sebagai lokasi untuk membuat liputan sempena RAYA EDUL ADHA tentang ibadah qurban yang diadakan setiap tahun bagi yang menganut agama islam.Ibadat korban merupakan suatu ibadat                  
yang sangat digalakkan dalam Islam,khususnya bagi mereka yang berkemampuan dari segi kewangan. Ibadat qurban telah disyariatkan oleh Allah pada tahun 2 Hijrah Maka dengan peristiwa pengorbanan Nabi Ibrahim a.s dan anak nya Nabi Ismail a.s ,maka ia dijadikan permulaan sejarah qurban ini dalam umat islam..Kebiasaannya ,penduduk kampung disini melakukan ibadah qurban ini secara bergotong royong.Kebiasaan haiwan disini yang diqurban kan adalah lembu.Seekor lembu mewakili 7 bahagian yang mewakili orang yang mengerjakan ibadah qurban.Walaubagaimanapun ,tidak menjadi masalah andai kambing,rusa,unta,pelanduk, dijadikan haiwan qurban,asalkan ia tidak cacat,cukup umur dan cukup syarat.Apa yang menyedihkan,pada asalnya kampung ini ingin menumbangkan 7 ekor lembu jantan,malangnya seekor dari lembu itu berjaya melepaskan diri atas kecuaian penduduk kampung itu sendiri.Wakil wartawan kami telah memilih beberapa anak watan kampung ini yang telah berjaya yang kami temui ketika mereka pulang beraya bersama-sama keluarga mereka:
wartawan:apakah erti korban sebenar dan sejarah ibadah qorban?
Ustaz Abdul Rahman: secara ringkasnya,ibadah korban dilakukan sempena memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim a.s yang sanggup menyembelih anak kesayangannya Nabi Ismail a.s kerana taat kepada perintah ALLAH. Namun, berkat kesabaran serta ketaatan kedua-dua ayah dan anak ini maka ALLAH telah menggantikannya dengan seekor binatang ketika Nabi Ibrahim sudah bersedia menyembelih anaknya itu.Ibadah korban adalah suatu perbuatan menyembelih binatang kerana mengharap keredhaan dan untuk mendekatkan diri kepada ALLAH SWT.Ketika bermula nya memancutnya darah haiwan sembelihan itu,maka terampunlah dosa-dosa bagi orang yang mengerjakan ibadah qurban tersebut.


wartawan:sebagai anak muda kampung ini,apakah kelebihan mengerjakan ibadah qorban ini secara bergotong royong?
MAN UJANG:pada pendapat peribadi saya,ia perlu diteruskan kerana ia merapatkan lagi silaturrahim antara penduduk kampung.Seperti saya yang belajar di luar,jarang sekali bertemu rakan-rakan yang pernah menjadi teman sepermainan masa kecil dahulu,tetapi dengan program sebegini,kami semua dapat bertemu semula.Selain itu ia dapat memupuk semangat kerjasa dan semangat muhibbah antara penduduk kampung.




WARTAWAN: APAKAH KELEBIHAN IBADAH BERQORBAN?
BAMAN:Selain ia dapat menggalakan dan memupuk sifat bersedekah dan membantu fakir miskin,ia menzahirkan kecintaan kita pada Allah.Sangat banyak hadis Rasulullah saw yang menerangkan tentang keutamaan berkorban,dan di dalamnya terdapat pelbagai rahsia dan hikmah yang sangat besar.Hadis-hadis tersebut di antaranya: "Tiada suatu amalanpun yang dilakukan oleh manusia pada Hari Raya Korban, lebih dicintai oleh Allah swt selain darimenyembelih haiwan korban. Sesungguhnya haiwan korban itu nanti di hari kiamat akan datang berserta tanduk-tanduknya, bulu-bulunya, kuku-kukunya dan sesungguhnya sebelum darah korban itu menyentuh tanah, pahalanya telah diterima di sisi Allah, maka beruntunglah kamu semuanya dengan pahala korban itu". (HR. Tirmidzi dan Ibn Majah)


Wartawan:bagaimanakah cara pembahagian sebenar daging qurban yang disarankan?
Darulhabab:Satu bahagian untuk dimakan oleh dirinya dan ahli keluarganya,satu bahagian disedekahkan kepada fakir miskin
,satu bahagian dijadikan sebagai hadiah kepada rakan-rakan, para jiran atau sebagainya sekalipun mereka kaya.Dan jika ia sebagai qurban nazar,wajib kesemuanya daging itu disedekahkan pada fakir miskin,jika orang yang melakukan ibadah qurban itu memakannya juga,ia wajib menggantikan dengan harga daging itu.

Saturday, November 13, 2010

Kewajipan Shabab Pada Hari Ini

 
 
  Mukadimmah

    Saya cuba untuk menyampaikan tulisan Presiden Persatuan Ulama’ Sedunia , Dr Yusuf Al Qadrawi dalam kitabnya bertajuk Kewajipan Shabab Pada Hari Ini secara ringkas dan padat. Moga perkongsian yang memberi manfaat kepada kita. Perbincangan Mengenai kewajipan  Shabab atau Remaja Muslim pada hari ini.  Apakah kewajipan tersebut?  Di sana terdapat remaja  dan remaja Islam, Kewajipan di atasnya, kewajipan yang terikat dengan waktu tertentu iaitu pada zaman sekarang.

Siapakah Orang Muslim.
 Seorang Muslim adalah hakikat kepada kewujudan ini . Dia ialah pemilik risalah yang kekal, pewaris kepada para nabi yang berpindah padanya. Dia juga pemilik kepada peninggalan para nabi yang terpamer di dalam Islam sebagai agama dan system kehidupan. Orang Muslim adalah seorang yang membawa risalah ini, risalah Muhammadiah, risalah Al Quran dan risalah yang kekal.
Remaja Adalah Tempoh Kekuatan.
Remaja adalah waktu yang menunjukkan tempoh kekuatan seseorang dan semangat yang kuat  kerana ia adalah pertengahan umur dan setiap perkara pertengahan adalah yang terbaik. Ketika mana matahari berada di langit pada waktu tengah hari,cahayanya lebih kuat dan bahangnya yang panas. Jadi waktu remaja ini adalah tempoh kekuatan dan semangat di dalam umur manusia. Dan dari sinilah pentingnya untuk mengambil berat terhadap tempoh tersebut. Tempoh ini merupakan satu tempoh atau marhalah untuk memberi,berusaha, dan mampu untuk menanggung ujian-ujian. Justeru, para pendakwah dan pelindung-pelindung risalah Allah adalah remaja.
Empat Kewajipan  Ke Atas Remaja Islam.

 Kewajipan Memahami Islam Secara Sahih.
Sesungguhnya kewajipan yang pertama ke atasnya ialah memahami Islam secara shahih. Ini kerana ilmu mendahului amal. Menjadi kewajipan ke atas remaja Islam memahami Islam dengan kefahaman yang sebenar serta mendalami agama. Di mana orang ramai menzalimi Islam dengan memasukkan perkara-perkara yang bukan daripada Islam dan mengeluarkan perkara-perkara daripada Islam yang mnejadi tunjang pengajaran Islam.
Kewajipan Beramal dengan Islam.
Benar, di dalam Islam tidak cukup dengan hanya seseorang itu dengan pengetahuan di dalam akal sahaja. Dia membaca, mempelajari, dan kepalanya dipenuhi dengan ilmu. Tetapi kemudian tidak melakukan apa-apa selepas itu. Bukan begitu, Islam menginginkan ilmu yang membuahkan amal dan bukannya ilmu yang membuahkan percakapan dan perdebatan. Islam menginginkan pengetahuan yang berhubung dengan hati yang menerangkan hati dan keinginan.
Kewajipan Berdakwah kepada Islam.
Tidak memadai seseorang individu Muslim baik terhadap dirinya sahaja, bahkan Islam mentaklifkan individu itu untuk memperbetulkan orang lain kemudian dia membawa dakwah untuk mngislahkan orang lain. Justeru kita mendapati surah Al Asr meletakkan syarat untuk seseorang itu selamat dari kerugian dengan memberi dia nasihat dengan kebenaran kepada orang lain dan dia menerima nasihat dari orang lain.
Kewajipan Bersatu Di Atas Islam.
Sesungguhnya remaja –remaja yang cuba membawa diri mereka untuk emahami Islam dengan fahaman yang betul, untuk beriman dengan Islam dengan iman yang mendalam dan untuk saling member wasiat di antara satu sama lain dan mengajak orang kepada Islam, semestinya saling menolong  antara satu sama lian dan mengikat hubungan ukhwah Islamiah di antara mereka. Tiada gerak kerja dalam Islam secara solo atau bersendirian, sesungguhnya gerakan secara bersendirian tidak cukup dan tidak memadai.

Kesimpulan.
Masalah sosial yang melanda remaja pada hari ini, kerana remaja atau shabab gagal dalam memahami kewajipan yang perlu mereka laksanakan. Mereka mula ghairah mengejar isi dunia ditambah terlalu banyak elemen yang dimasuk oleh musuh-musuh bertujuan merosakkan remaja Islam.Tidak hairan, negara kita jaguh dalam kelahiran anak luar nikah,jaguh dalam isu mat rempit dan masalah sosial yang lain. Kesannya kita kehilangan shabab yang menjadi tunjang utama dalam Islam. Kita kegersangnan tenaga-tenaga muda untuk membantu gerakan dakwah. Bangkitlah wahai Shabab!! Manfaatkan tenaga dan semangatmu..



Wednesday, November 3, 2010

AKU KADANG-KADANG,JADI PELIK DAN HAIRAN LAH!!!

Sebelum tu ,aku nak ucap selamat membaca dan Assalamualaikum..
Tahu ke apo yang den polik bona ni??(hobin jang hobin)huhu. Pueh den peghatikan gelagat orang melayu sekarang ni...Cuba tengok ye,kenapa jika seorang biarawati yang tertutup dari kepala hingga ujung jari kaki ia dihormati karena membaktikan dirinya untuk Tuhan mereka, sedangkan jika seorang muslimah melakukannya, ia sering dicap "tertindas"? yang saya dengar masa sabtu lepas ,seorang pakcik ni cakap pada saya bila ternampak ada dua orang perempuan pakai niqob@ purdah, “man,ko tgk tu,mcm maunah,abg tgk mcm Taliban pon ada” kata pakcik tu sambil menggelarkan diri dia abang. Sedih aku mengenangkan hal ni. Then,mengapa seorang Yahudi ramai  memelihara janggutnya (yahudi dan kristian berbeza) dan ia dipandang sedang melaksanakan kepercayaannya, konon nya ini yahudi yang baik,yang taat pada agama mereka,yang peliknya ada diantara umat islam berbangga dengan mereka…dan ketika seorang Muslim melakukannya ia adalah seorang ekstrimis?konon ni orang tunjuk alim,janggung kambing,dan mcm2 fitnah dilemparkan. Sedangkan membela janggut adalah sunnah nabi. Dan jika seorang wanita barat tinggal @ bukan islam duduk di rumah dan selalu bersama anak-anaknya, ia dianggap tengah berkorban dan berbuat baik untuk rumahtangganya, ini contoh wanita baik. Tetapi jika seorang perempuan Muslim melaksanakannya ia dianggap "perlu dimerdekakan". Mesti ada suara mengatakan “inilah akibat kawen dengan lelaki alim,akhirnya kene sumbat ke dapur juga” ish!! Teruk betol fikiran begini. Memamg lah tak salah jika wanita tu nak bekerja ,asalkan mendapat keizininan suami,dan biarkan sahaja isteri itu membuat keputusan,asalkan ia tidak membawa keburukan pada keluarga. Kebahagian wanita itu terletak pada suami mereka, didiklah dengan cara yang baik.Jika seorang anak meraih keberhasilan pada suatu disiplin ilmu,konon pandai matematik,sains. Ia dianggap berpotensi, tetapi jika ia membaktikan dirinya pada Islam, ia dianggap tak ada harapan? Konon belajar dan mendalami ilmu agama pada usia kanak-kanak membuatkan kanak-kanak itu tidak berjaya dah besar nanti. Dahulupun ibnu Khaldun, Ibnu rusyd , ar-razi, dan lain-lain,mereka tokoh sains dan teknologi yang sangat hebat,tetapi kecil-kecil lagi dah mengahafal al-quran dan mendalami ilmu fiqah.Ketika seorang Kristian membunuh seseorang, agama tidak pernah disebut-sebut (contohnya  teroris IRA), kita tak kata pula kristian agama keganasan,tetapi ketika seorang Muslim membunuh,ia  dituduh dengan suatu tindakan kriminal, Islamlah seolah-olah yang adil? Islam berada dihujung mata pedang,islam itu keganasan. Ni apa kes!!!Renungkanlah selama 60 detik dan katakanlah! Lihat apakah setan akan menghentikannya agar manusia sering berteingkah sesama manusia.

Tuesday, November 2, 2010

jalan kitakah kita lalui sekarang?

Jalan yang terbaik adalah jalan yang dibina atas kehendak diri sendiri. Jalan itu berasaskan kepada cita-cita kita, impian, angan-angan, matlamat atau apa sahaja yang kita mahu mungkin sejak kecil lagi. Binalah ia dan jangan ia hancur kerana pengaruh orang lain.
 
Jalan yang kita lalui bukan jalan yang ditentukan oleh orang lain sama ada mereka ibu bapa kita, rakan, mentor, sahabat, rakan niaga, penulis, motivator, jurulatih atau sebagainya.

Mereka itu semua hanya berperanan untuk membimbing, berkongsi ilmu dan memberi cadangan kepada kita sahaja terhadap jalan yang kita pilih. Sebaliknya, segala keputusan bukan di tangan mereka. Jalan mana yang mahu kita lalui, ia adalah di dalam bidang kuasa kita.
Namun segalanya sedang ke arah kehancuran apabila kita mudah melutut kepada cadangan dan kata-kata orang lain tanpa menilai terlebih dahulu kepada kehendak jiwa kita. Apabila sampai di pertengahan jalan, kita mula menyesal kerana jalan itu dibina atas kehendak orang lain.

Binalah jalan sendiri. Jika kita gagal, kita puas hati dan tidak akan menyalahkan atau melibatkan pihak lain. Allah menyuruh kita berusaha dan kemudian Allah menyuruh kita bersabar jika menghadapi ujian. Ini bermaksud, jika usaha jalan yang dipilih itu gagal, penawar awalnya adalah kesabaran.
Beberapa perkara yang perlu diawasi dalam hidup ini:
  • Setiap orang akan cuba mempengaruhi orang lain untuk kepentingan tertentu.
  • Semua orang ada propaganda masing-masing sama ada dalam sedar atau tidak. Baik mereka ada udang di sebalik batu.
  • Buat baik berpada-pada, baik jahat jangan sekali. Jangan mudah terpengaruh dengan kebaikan manusia. Ambil masa untuk ‘menilai’ hati budi mereka.
  • Elakkan memuji manusia berlebih-lebihan. Kelak kita akan kecewa jika orang yang dipuji itu melukai kita walaupun hanya sekali.
  • Jangan mudah berkata “YA” terhadap sebarang tawaran dan idea orang lain. Berikan kita masa untuk menilai baik buruk, pro dan kontra. UTAMAKAN jalan dan usaha kita dahulu. Susah senang kita, makan minum kita, bukan mereka yang tanggung jika sesuatu berlaku. Pentingkan diri sendiri dahulu.
  • Utamakan dahulu diri sendiri, ibu bapa, anak isteri dan sanak saudara. Dalam tidak sedar, kita kadang-kadang lebih suka mengutamakan orang lain tetapi ahli keluarga kita terkontang-kanting, kelaparan dan kesusahan. Ingatlah, Rasulullah S.A.W telah berpesan bahawa sebaik-baik sedekah adalah kepada ahli keluarga.
  • Tidak perlu meletak terlalu banyak syarat untuk mengecapi hidup yang bahagia. Apa yang anda miliki sekarang sudah memadai untuk dijadikan sebagai wadah kebahagiaan. Sifat merasa cukup apa yang ada dan menghargai apa yang dimiliki adalah kunci utama kebahagiaan.
  • Tidak perlukan orang luar untuk “menyintai” dan sayangkan kita. Tidak perlu memaksa itu semua. Dalam tidak sedar, kita telah memiliki ibu bapa, keluarga, pasangan hidup dan anak-anak yang 100% menyayangi kita. Itu sudah memadai. Namun manusia kebanyakan melupai apa yang ada dan mengejar yang belum pasti.
  • Perlu ada PRINSIP HIDUP untuk dijadikan sebagai asas penilaian.
Berbalik kepada tajuk entri ini, apakah jalan yang anda mahu bina? Cuba ingati semula impian anda beberapa tahun yang lepas atau pada masa kecil dahulu, adakah impian itu lebih anda cintai, serasi dan mahu, berbanding yang anda lakukan sekarang?

Atau soalan yang lebih spesifik, adakah yang anda lakukan sekarang adalah kehendak orang lain? Atau yang lebih menyedihkan, anda melakukannya tanpa sedar atas pengaruh orang lain.Cuba renungkan.