Wednesday, December 9, 2009

Apakah mengajak dan berkampung?


Terima kasih kepada pengunjung blog ini kerana masih sudi mengikuti blog saya ini. Kali ini saya ingin berkongsi tentang  istilah mengajak dan berkampung orang negeri sembilan khusus nya dan am nya orang melayu.(rasa nya negeri lain pun ada). Mengajak ni bahasa kampong saya la kot,huhu..yang tepat nye membuat jemputan.(biasa la orang tua2 lebih utama kan muafakat). Jemputan untuk bila seseorang itu ingin mengadakan sesuatu keramaian seperti kenduri kahwin atau walimah. Biasa nya orang tua2 akan membuat jemputan(mengajak) untuk menghormati seseorang seperti saudara terdekat. Mungkin prisip orang dahulu kalo nak kita datang rumah kita,kita kene datang dahulu kerumah nya,tetapi tiada masalah nak menggunakan teknologi sedia ada seperti telefon dan sebagainya,macam saya post je la kat facebook dan friendster.hehe…saya tahu ni pun sebab rumah saya (akan/telah) mengadakan kenduri walimah kakak saya yang ke tiga pada 19 desember 2009,so sebagai anak lelaki yang tinggal di  rumah ni,kene la jadi driver sepenuh masa. Ramai rupanya saudara mara saya rupa nya,ada yang sakit tenat,yang kaya ,ustaz,imam,yang datuk pun ada tapi yang wat saya tergamam ialah dulu ada sorang guru cemerlang,selalu gak jumpa, rupanya mak ngah saya, dia guru kat kolej tunku kursiah.adoyai. Ni lah orang zaman sekarang dah tak kenal saudara,ada hikmah rupanya saya pergi hantar parent saya pergi “mengajak”.
                 Berkampung  pula ni saya dapat klasifikasikan macam meeting la,seperti gambar yang sebelah ni,kan macam meeting  tu. Yang ketua meeting ni yang baju hitam tu. ia bertujuan untuk berbincang  tentang perjalanan sesuatu majlis seperti kenduri kahwin seperti lauk yang akan di hidangkan,atucara majlis,belanjawan  dan masalah yang berbangkit. Tak ubah macam kita meeting gak kan?huhu. Ahli meeting yang terlibat ialah saudara mara yang terdekat dan pegawai masjid seperti imam. Biasanya dilakukan pada waktu petang. sekadar perkongsian.

Mengapakah mulut berada dibahagian atas sekali?

Seperti yang pernah yang kita dengar sebelum ini bahawa antara hikmah wanita dijadikan daripada rusuk lelaki adalah kerana perempuan ini bukan lah untuk dijunjung dan dipijak2kan oleh insan yang bergelar lelaki kerana itu lah ia bukan dijadikan dari tulang kepala atau kaki. Tetapi ia dijadikan dari tulang rusuk lelaki kerana ia dekat dihati untuk disayangi. Tapi kan kalau lah Allah nak jadikan wanita dari tulang kepala atau kaki tak mustahil kan?..mungkin ada hikmah yang lain boleh difikirkan atas kejadian itu.
Berbalik pada tajuk diatas saya terpintas memikirkan sesuatu ketika berada didalam kereta,bahawa antara hikmah mulut berada di bahagian atas sekali ,iaitu bahagian kepala,mungkin ini cuma pandangan saya,mungkin boleh menjadi iktibar dan peringatan bersama. Ok ,cuba bayangkan dilautan ,mengapakah ada benda yang terapung dan ada yang tenggelam bukan?mesti yang tenggelam adalah yang berat dan yang terapung yang ringan bukan?span kan ringan, tu sebab dia terapung. Macam kat daratan juga,belon yang adik kecik main tu,kan rengan .Itu sebab ia mudah terapung. Mungkin ada yang berat terapung,tetapi ia atas usha manusia mengaitkan ia dengan sains seperti kapal yang berat yang menggunakan bouyant force.
So,atas analogi yang saya sampai kan diatas tadi maka kita kait kan dengan mulut,rupanya ramai yang tak sedar termasuk saya bahawa mulut kita ini terlalu ringan untuk mengucapkan dan melafazkan sesuatu daripada melakukan sesuatu apa yang dilafazkan. Tu sebab ada pepatah bahasa pasar(ye ke?,huhu) berbunyi “lu cakap tak slupa bikin ma” , orang mlaka kata “cakap gebang” , orang n0gori plak “cakap lobih,buek tak do” dan macam2 lagi lah. Sedarkah kita bahawa mulut ini mampu membawa kebinasaan atau kebahagian pada kita. Pepatah melayu pula kata“telanjur perahu boleh undur,telanjur kata,binasa badan”(btol tak tu?). Banyak bercakap banyak pula dosa nya. Tetapi ada ada ketika pula kita wajib berekata2 seperti menegakkan keadilan dan menjadi saksi atau wali walaupun terpaksa (QUL HAQ WALAU KANA MUO

RAN) .
Disini saya ingin sentuh sedikit masalah yang sering kita lakukan ialah berjanji. Janji bukan lah boleh dibuat main,seperti janji kita pada Allah seperti ucapan syahadah kita,sedar tak setiap kali solat kita,kita ada berjanji dalam doa iftitah yang berbunyi “sesungguhnya solat ku,ibadah ku,hidup matiku hanya untuk Mu(Allah)” itu kan janji. Perkataan “inna” dalam bahasa arab yang membawa erti kata penegas atau penguat untuk berjanji untuk melakukannya. Tak caya cuba kita bayangkan seseorang menyatakan sesungguhnya cinta idup dan mati aku ini hanya lah untuk mu sayang,(huhu bukan nak berjiwang ni). So dalam fikiran kita apa?tentu lah kata2 janji bukan? Bayang kan lah orang kata pada kita begitu, selepas tu dia wat tak tau atau abaikan kata2 itu,tentu kita berkata dalam hati bahawa dia telah memungkiri janji pada kita betul? Maka dengan janji lah kita akan dituntut di akhirat kelak untuk kita bertanggungjawab atas janji2 yang pernah diungkapkan sebelum ini. Ada kisah yang menceritakan seseorang itu tersungkur dipintu syurga kerana janji ketika dia masih hidup lagi. Maka dengan itu awas dengan kata2!.

Wednesday, December 2, 2009

ANTARA IBADAH DAN ADAT


ANTARA IBADAH DAN ADAT

Umat Islam sekarang walaupun dalam era kebangkitan Islam lebih memberikan keutamaan kepada sambutan Aidil Fitri berbanding dengan ketibaan bulan Ramadhan yang mewajibkan ibadah puasa. Malah sebelum Ramadhan menjelang tiba, persiapan hari raya sudah terlebih dahulu diatur.


Walaupun dalam kegawatan ekonomi ketika ini, tiga atau empat bulan sebelumnya, persiapan pakaian untuk keluarga dan anak-anak sudah difikirkan dan sejumlah wang juga diperuntukkan untuk tujuan tersebut. Jika persiapan dibuat di saat akhir, berbagai kesulitan akan timbul dan harga pakaian sudah melambung.
Tabiat umat Islam ketika menghadapi hari raya ini sudah difahami oleh golongan peniaga. Maka tidak hairanlah kenapa promosi jualan dan iklan besar-besaran untuk perayaan Aidil Fitri diadakan lebih awal lagi iaitu sebelum menjelang Ramadhan. Mereka akan meraih keuntungan besar dan lumayan hasil dari sikap dan tabiat kaum muslimin yang ‘aneh’ dalam menghadapi hari raya saban tahun.
Kekeliruan terhadap Aidil Fitri di kalangan umat Islam menyebabkan hari ibadah sudah bertukar menjadi tradisi, hampir menyamai tradisi kaum lain yang menyambut hari raya mereka. Biasanya, penganut agama lain mengadakan pesta hari raya, bersukaria dengan berbagai acara hiburan dan pesta makan minum dan majlis tari menari.
Keadaan yang sama akan ditemui sewaktu majlis sambutan Aidil Fitri di kalangan umat Islam walaupun boleh juga dibanggakan kehadiran kaum muslimin untuk menunaikan solat Aidil Fitri raya itu. Mereka turut bertakbir dan mengumandangkannya di masjid-masjid dan surau-surau serata pelosok. Malah ada yang menitiskan air mata mendengar alunan takbir hari raya yang begitu menyayukan.
Malangnya air mata yang mengalir itu bukan lahir dari keinsafan. Ia hanya disebabkan alunan takbir yang sesekali didengar itu mempengaruhi perasaan dan mencuit emosi. Tidak dinafikan ada manusia ada yang perasaannya mudah tersentuh dengan kesedihan irama lagu, tetapi bersikap tidak peduli apa yang terkandung di dalam lafaz takbir itu seperti juga orang yang menghafal ‘Asma ul-Husna’ kerana didorong oleh lagunya yang amat menarik, sementara sifat-sifat Allah yang terkandung dalam lafaz itu tidak dihiraukan.
Tidak ramai yang berusaha menghayati lafaz-lafaz dalam takbir dan tahmid hari raya itu. Walaupun diulang-ulang setiap kali tibanya hari raya, namun tidak banyak yang mengambil tahu maksud dan pengertian lafaz yang diucapkan. Sedangkan antara maksudnya ialah:
"Tiada tuhan melainkan Allah, kami tidak menyembah kecuali kepada-Nya, dengan ikhlas untuk agama (Islam), walaupun dibenci oleh golongan yang menyengutukan Allah.
"Tiada tuhan melainkan Allah Yang Esa yang benar janji-Nya, yang memuliakan tentera-tenteraNya (tentera Muslimin) yang menolong hamba-Nya (dengan) mengalahkan tentera Ahzab (tentera bersekutu yang diketuai oleh kaum musyrikin serta kaum Yahudi dan Nasrani) dengan keesaan-Nya."
"Tiada tuhan melainkan Allah yang Maha Besar Allah Yang Maha Besar dan untuk Allah-lah segala puji-pujian."
Andainya mereka dapat menginsafi maksud ucapan takbir dan tahmid itu, tidak mungkin persiapan hari raya itu dilakukan begitu rupa, berbelanja besar untuk persiapan yang tidak perlu sehingga ke tahap membazir. Allah yang sedang dipuji sangat membenci perbuatan membazir.
Jika benar seperti pengakuannya bahawa dia menyembah Allah yang Esa dan yang Benar segala janji-janjiNya, mengapa pula mereka menjadi hamba kepada tuhan-tuhan ciptaan manusia? Mereka sebenarnya tidak bersedia membantu agama Allah untuk mendaulatkannya di muka bumi ini, walaupun lidah mereka mengaku untuk ikhlas terhadap agama Allah itu.
Jika benar mereka sedar akan laungan sanjungan terhadap Allah yang telah menghancurkan tentera Ahzab (tentera bersekutu kuffar) di zaman Rasulullah sehingga tentera Islam mencapai kejayaan, tetapi kini mengapa tentera bersekutu yang diketuai oleh golongan kuffar diundang dan diberi kepercayaan untuk menyelesaikan pertikaian umat Islam?
Jika demikian keadaannya, sesungguhnya ucapan takbir dan tahmid hari raya tidak lagi dihayati menurut sewajarnya, tetapi ia hanya sekadar senandung irama sayu di pagi raya, yang meruntun hati lantas terbit rasa pilu dan sedih semata-mata kerana suasana dan iramanya. Sedang maksud lafaz sebenarnya terus dilupakan.
Betapa Allah (SWT) menciptakan Aidil Fitri suatu ibadah dapat diukur dengan pengharaman puasa pada hari tersebut. Walaupun puasa itu adalah suatu ibadah, tetapi kerana agungnya Aidil Fitri itu maka Allah (SWT) melarang ibadah puasa dilakukan pada hari tersebut. Ini sebagai anugerah terhadap hambaNya yang telah sanggup berlapar dan dahaga juga menahan kemahuan seksnya di siang hari puasa sepanjang bulan Ramadhan.
Bagaimanapun larangan berpuasa itu tidak boleh ditafsirkan sebagai isyarat untuk berpesta makanan, mengadakan segala macam jamuan dengan beranika juadah sehingga melampaui batas-batas kesederhanaan yang dituntut oleh Islam dalam semua keadaan.
Apabila meninjau budaya berhari raya di kalangan masyarakat Islam di kalangan masyarakat Islam di rantau Nusantara kebelakangan ini, ia memperlihatkan ibadah Aidil Fitri itu semakin tidak nyata. Ia sudah bercampur-baur dengan segala resam hidup masyarakat setempat dan juga budaya import.