Saturday, November 13, 2010

Kewajipan Shabab Pada Hari Ini

 
 
  Mukadimmah

    Saya cuba untuk menyampaikan tulisan Presiden Persatuan Ulama’ Sedunia , Dr Yusuf Al Qadrawi dalam kitabnya bertajuk Kewajipan Shabab Pada Hari Ini secara ringkas dan padat. Moga perkongsian yang memberi manfaat kepada kita. Perbincangan Mengenai kewajipan  Shabab atau Remaja Muslim pada hari ini.  Apakah kewajipan tersebut?  Di sana terdapat remaja  dan remaja Islam, Kewajipan di atasnya, kewajipan yang terikat dengan waktu tertentu iaitu pada zaman sekarang.

Siapakah Orang Muslim.
 Seorang Muslim adalah hakikat kepada kewujudan ini . Dia ialah pemilik risalah yang kekal, pewaris kepada para nabi yang berpindah padanya. Dia juga pemilik kepada peninggalan para nabi yang terpamer di dalam Islam sebagai agama dan system kehidupan. Orang Muslim adalah seorang yang membawa risalah ini, risalah Muhammadiah, risalah Al Quran dan risalah yang kekal.
Remaja Adalah Tempoh Kekuatan.
Remaja adalah waktu yang menunjukkan tempoh kekuatan seseorang dan semangat yang kuat  kerana ia adalah pertengahan umur dan setiap perkara pertengahan adalah yang terbaik. Ketika mana matahari berada di langit pada waktu tengah hari,cahayanya lebih kuat dan bahangnya yang panas. Jadi waktu remaja ini adalah tempoh kekuatan dan semangat di dalam umur manusia. Dan dari sinilah pentingnya untuk mengambil berat terhadap tempoh tersebut. Tempoh ini merupakan satu tempoh atau marhalah untuk memberi,berusaha, dan mampu untuk menanggung ujian-ujian. Justeru, para pendakwah dan pelindung-pelindung risalah Allah adalah remaja.
Empat Kewajipan  Ke Atas Remaja Islam.

 Kewajipan Memahami Islam Secara Sahih.
Sesungguhnya kewajipan yang pertama ke atasnya ialah memahami Islam secara shahih. Ini kerana ilmu mendahului amal. Menjadi kewajipan ke atas remaja Islam memahami Islam dengan kefahaman yang sebenar serta mendalami agama. Di mana orang ramai menzalimi Islam dengan memasukkan perkara-perkara yang bukan daripada Islam dan mengeluarkan perkara-perkara daripada Islam yang mnejadi tunjang pengajaran Islam.
Kewajipan Beramal dengan Islam.
Benar, di dalam Islam tidak cukup dengan hanya seseorang itu dengan pengetahuan di dalam akal sahaja. Dia membaca, mempelajari, dan kepalanya dipenuhi dengan ilmu. Tetapi kemudian tidak melakukan apa-apa selepas itu. Bukan begitu, Islam menginginkan ilmu yang membuahkan amal dan bukannya ilmu yang membuahkan percakapan dan perdebatan. Islam menginginkan pengetahuan yang berhubung dengan hati yang menerangkan hati dan keinginan.
Kewajipan Berdakwah kepada Islam.
Tidak memadai seseorang individu Muslim baik terhadap dirinya sahaja, bahkan Islam mentaklifkan individu itu untuk memperbetulkan orang lain kemudian dia membawa dakwah untuk mngislahkan orang lain. Justeru kita mendapati surah Al Asr meletakkan syarat untuk seseorang itu selamat dari kerugian dengan memberi dia nasihat dengan kebenaran kepada orang lain dan dia menerima nasihat dari orang lain.
Kewajipan Bersatu Di Atas Islam.
Sesungguhnya remaja –remaja yang cuba membawa diri mereka untuk emahami Islam dengan fahaman yang betul, untuk beriman dengan Islam dengan iman yang mendalam dan untuk saling member wasiat di antara satu sama lain dan mengajak orang kepada Islam, semestinya saling menolong  antara satu sama lian dan mengikat hubungan ukhwah Islamiah di antara mereka. Tiada gerak kerja dalam Islam secara solo atau bersendirian, sesungguhnya gerakan secara bersendirian tidak cukup dan tidak memadai.

Kesimpulan.
Masalah sosial yang melanda remaja pada hari ini, kerana remaja atau shabab gagal dalam memahami kewajipan yang perlu mereka laksanakan. Mereka mula ghairah mengejar isi dunia ditambah terlalu banyak elemen yang dimasuk oleh musuh-musuh bertujuan merosakkan remaja Islam.Tidak hairan, negara kita jaguh dalam kelahiran anak luar nikah,jaguh dalam isu mat rempit dan masalah sosial yang lain. Kesannya kita kehilangan shabab yang menjadi tunjang utama dalam Islam. Kita kegersangnan tenaga-tenaga muda untuk membantu gerakan dakwah. Bangkitlah wahai Shabab!! Manfaatkan tenaga dan semangatmu..



1 comment:

  1. Salam alaik abg Rahman. Perkongsian yg benar2 lumayan buat semua remaja Islam khusus remaja Islam di Malaysia. Ayuh sama-sama bangkit, berdakwahlah dengan penuh hikmah, demi masa depan Islam dan remaja Islam kita sendiri, yg kita lihat semakin hanyut. Kuatkan semangat dan tekad dalam menuju redha Allah. InshaAllah.

    ReplyDelete