Assalamualaikum dan salam sejahtera sahabat-sahabat yang saya kasihi,lama bebeno tak update blog ini, minat sebenarnya menulis ni,tapi kekangan masa menjadi penghalang,hari ini cukup sudah saya memendam rasa malu dan ingin meluahkan sesuatu. Tidak pututs2 saya menerima sms dan fb inbox inginkan saya mengulas isu "MPP digantung kuasa".Bukan sahaja sahabat2 dari UTeM sendiri,malah dari IPT lain,dan ada juga sahabat MPP dari IPT lain meminta saya mengajak dan memujuk agar pihak MPP sekarang mempertimbangkan balik atas tindakakan yang memalukan dan memilukan ini.
Saban tahun ,silih berganti barisan kepimpinan MPP ,sering dijanjikan benda yang sama ,KAMI MAHUKAN ASRAMA. kasihanilah kami.Ramai sahabat-sahabat terpaksa bangun awal untuk mengunggu bas,adakala bas pula tiada ,tertinggal bas sehinggakan terlepas untuk mengambil exam. Kasihani kami yang menaiki kenderaan,perjalanan sangat-sangat jauh,Kasihanilah kami, ramai sahabat-sahabat kita kemalangan jalan raya kerana mengejar hasrat murni mencari ilmu walau pon terpaksa meredah hujan,panas ,jalan sesak dan kos minyak tanggungan sendiri.Kami ini pelajar,mahasiswa,mana ada kewangan yang cukup untuk menampung semua ini.
Pertama,saya amat keliru atas surat yang dikeluarkan ini ,header surat menyatakan "AMARAN MELANGGAR PROCEDUR PENYERAHAN MEMORENDOM KOLEJ KEDIAMAN UTeM KEPADA Y.A.B TIMBALAN PERDANA MENTERI MALAYSIA.Tetapi yang peliknya,dalam isi kandungan nombor 3,menyatakan "DIGANTUNG SERTA MERTA" hmm,pelik,memey pelik.Kalau dulu,belajar BM,ingat lagi,cikgu Azizah Kassim ajar,tajuk mesti ada hubungkait dengan isi. Bagi saya,AMARAN dan MENGGANTUNG adalah suatu benda yang berbeza.Contoh,Ali diberi surat amaran kerana merokok,maka Ali masih bersekolah seperti biasa,tetapi Ali digantung sekolah kerana merokok,maka Ali tak perlu pergi sekolah kerana dia digantung.Jelas disitu surat itu tidak jelas.
Kedua , bagi saya ia sangat memalukan,sebagai satu barisan kepimpinan ,lagi-lagi kumpulan kepimpian tertinggi UTeM, harus matang dan menjaga maruah dan berani bertanggungjawab bersama-sama atas segala tindakan.Setiap organisasi,keputusan dan tindakan adalah persetujuan bersama. Jika seorang ketua itu cerdik,dan benar-benar mahir dalam pengurusan organisasi, dia semestinya pandai menyusun atur bagaimana ingin menyatukan ahli-ahli dibawah kepimpinannya. Bukan nya menjaja kesalahan ahli dibawah pimpinan kepada khalayak ramai dan membuat keputusan yang merugikan.Peristiwa ini mendapat perhatian banyak pihak terutama barisan pimpinan IPTA/IPTS lain sekali gus menjatuhkan nama baik UTeM sendiri.Pada masa UTeM sedang naik namanya,ada rupanya sedikit kelompongan berlaku disini atas gara-gara tindakakan menjatuhkan sahabat antara satu sama lain. Ibarat membuka pekung didada.Sebagai seorang ketua,dia harus memantau segala tindakkan ahli dibawahnya,jika terlepas pandang,kemungkinan ketua itu tidak mengambil cakna tenatang mobilasi ahli bawahannya atau ahlinya kurang sependapat dengan ketuanya.Sebeleum "teckle " rakyat, "teckle" dahulu ahli bawahan dahulu supaya gerak kerja seragam.

Keempat, nama pon MPP (majlis PERWAKILAN PELAJAR) nama pon wakil,membawa suara,hasrat pelajar,menjadi medium antara mahasiswa dan pihak pentadbir,dikatakan TIDAK MENGIKUT PROCEDURE,jika benarlah ada procedure yang telah dimanualkan,kenapa YDP MPP sendiri tidak mengetengahkannya?kenapa?oh kenapa?kami mahukan suara kami diendahkan (berlinang air mata ak ni plak)
Saya berharap ,perkara ini tidak lagi berulang dan menjadi pengajaran buat semua. Sekian