Wednesday, November 17, 2010

BERITA HAIRAN SEMPENA EDUL ADHA 1431 H

KUALA PILAH-Pihak pemberita telah memilih kawasan ini sebagai lokasi untuk membuat liputan sempena RAYA EDUL ADHA tentang ibadah qurban yang diadakan setiap tahun bagi yang menganut agama islam.Ibadat korban merupakan suatu ibadat                  
yang sangat digalakkan dalam Islam,khususnya bagi mereka yang berkemampuan dari segi kewangan. Ibadat qurban telah disyariatkan oleh Allah pada tahun 2 Hijrah Maka dengan peristiwa pengorbanan Nabi Ibrahim a.s dan anak nya Nabi Ismail a.s ,maka ia dijadikan permulaan sejarah qurban ini dalam umat islam..Kebiasaannya ,penduduk kampung disini melakukan ibadah qurban ini secara bergotong royong.Kebiasaan haiwan disini yang diqurban kan adalah lembu.Seekor lembu mewakili 7 bahagian yang mewakili orang yang mengerjakan ibadah qurban.Walaubagaimanapun ,tidak menjadi masalah andai kambing,rusa,unta,pelanduk, dijadikan haiwan qurban,asalkan ia tidak cacat,cukup umur dan cukup syarat.Apa yang menyedihkan,pada asalnya kampung ini ingin menumbangkan 7 ekor lembu jantan,malangnya seekor dari lembu itu berjaya melepaskan diri atas kecuaian penduduk kampung itu sendiri.Wakil wartawan kami telah memilih beberapa anak watan kampung ini yang telah berjaya yang kami temui ketika mereka pulang beraya bersama-sama keluarga mereka:
wartawan:apakah erti korban sebenar dan sejarah ibadah qorban?
Ustaz Abdul Rahman: secara ringkasnya,ibadah korban dilakukan sempena memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim a.s yang sanggup menyembelih anak kesayangannya Nabi Ismail a.s kerana taat kepada perintah ALLAH. Namun, berkat kesabaran serta ketaatan kedua-dua ayah dan anak ini maka ALLAH telah menggantikannya dengan seekor binatang ketika Nabi Ibrahim sudah bersedia menyembelih anaknya itu.Ibadah korban adalah suatu perbuatan menyembelih binatang kerana mengharap keredhaan dan untuk mendekatkan diri kepada ALLAH SWT.Ketika bermula nya memancutnya darah haiwan sembelihan itu,maka terampunlah dosa-dosa bagi orang yang mengerjakan ibadah qurban tersebut.


wartawan:sebagai anak muda kampung ini,apakah kelebihan mengerjakan ibadah qorban ini secara bergotong royong?
MAN UJANG:pada pendapat peribadi saya,ia perlu diteruskan kerana ia merapatkan lagi silaturrahim antara penduduk kampung.Seperti saya yang belajar di luar,jarang sekali bertemu rakan-rakan yang pernah menjadi teman sepermainan masa kecil dahulu,tetapi dengan program sebegini,kami semua dapat bertemu semula.Selain itu ia dapat memupuk semangat kerjasa dan semangat muhibbah antara penduduk kampung.




WARTAWAN: APAKAH KELEBIHAN IBADAH BERQORBAN?
BAMAN:Selain ia dapat menggalakan dan memupuk sifat bersedekah dan membantu fakir miskin,ia menzahirkan kecintaan kita pada Allah.Sangat banyak hadis Rasulullah saw yang menerangkan tentang keutamaan berkorban,dan di dalamnya terdapat pelbagai rahsia dan hikmah yang sangat besar.Hadis-hadis tersebut di antaranya: "Tiada suatu amalanpun yang dilakukan oleh manusia pada Hari Raya Korban, lebih dicintai oleh Allah swt selain darimenyembelih haiwan korban. Sesungguhnya haiwan korban itu nanti di hari kiamat akan datang berserta tanduk-tanduknya, bulu-bulunya, kuku-kukunya dan sesungguhnya sebelum darah korban itu menyentuh tanah, pahalanya telah diterima di sisi Allah, maka beruntunglah kamu semuanya dengan pahala korban itu". (HR. Tirmidzi dan Ibn Majah)


Wartawan:bagaimanakah cara pembahagian sebenar daging qurban yang disarankan?
Darulhabab:Satu bahagian untuk dimakan oleh dirinya dan ahli keluarganya,satu bahagian disedekahkan kepada fakir miskin
,satu bahagian dijadikan sebagai hadiah kepada rakan-rakan, para jiran atau sebagainya sekalipun mereka kaya.Dan jika ia sebagai qurban nazar,wajib kesemuanya daging itu disedekahkan pada fakir miskin,jika orang yang melakukan ibadah qurban itu memakannya juga,ia wajib menggantikan dengan harga daging itu.

1 comment: