Wednesday, December 9, 2009

Apakah mengajak dan berkampung?


Terima kasih kepada pengunjung blog ini kerana masih sudi mengikuti blog saya ini. Kali ini saya ingin berkongsi tentang  istilah mengajak dan berkampung orang negeri sembilan khusus nya dan am nya orang melayu.(rasa nya negeri lain pun ada). Mengajak ni bahasa kampong saya la kot,huhu..yang tepat nye membuat jemputan.(biasa la orang tua2 lebih utama kan muafakat). Jemputan untuk bila seseorang itu ingin mengadakan sesuatu keramaian seperti kenduri kahwin atau walimah. Biasa nya orang tua2 akan membuat jemputan(mengajak) untuk menghormati seseorang seperti saudara terdekat. Mungkin prisip orang dahulu kalo nak kita datang rumah kita,kita kene datang dahulu kerumah nya,tetapi tiada masalah nak menggunakan teknologi sedia ada seperti telefon dan sebagainya,macam saya post je la kat facebook dan friendster.hehe…saya tahu ni pun sebab rumah saya (akan/telah) mengadakan kenduri walimah kakak saya yang ke tiga pada 19 desember 2009,so sebagai anak lelaki yang tinggal di  rumah ni,kene la jadi driver sepenuh masa. Ramai rupanya saudara mara saya rupa nya,ada yang sakit tenat,yang kaya ,ustaz,imam,yang datuk pun ada tapi yang wat saya tergamam ialah dulu ada sorang guru cemerlang,selalu gak jumpa, rupanya mak ngah saya, dia guru kat kolej tunku kursiah.adoyai. Ni lah orang zaman sekarang dah tak kenal saudara,ada hikmah rupanya saya pergi hantar parent saya pergi “mengajak”.
                 Berkampung  pula ni saya dapat klasifikasikan macam meeting la,seperti gambar yang sebelah ni,kan macam meeting  tu. Yang ketua meeting ni yang baju hitam tu. ia bertujuan untuk berbincang  tentang perjalanan sesuatu majlis seperti kenduri kahwin seperti lauk yang akan di hidangkan,atucara majlis,belanjawan  dan masalah yang berbangkit. Tak ubah macam kita meeting gak kan?huhu. Ahli meeting yang terlibat ialah saudara mara yang terdekat dan pegawai masjid seperti imam. Biasanya dilakukan pada waktu petang. sekadar perkongsian.

Mengapakah mulut berada dibahagian atas sekali?

Seperti yang pernah yang kita dengar sebelum ini bahawa antara hikmah wanita dijadikan daripada rusuk lelaki adalah kerana perempuan ini bukan lah untuk dijunjung dan dipijak2kan oleh insan yang bergelar lelaki kerana itu lah ia bukan dijadikan dari tulang kepala atau kaki. Tetapi ia dijadikan dari tulang rusuk lelaki kerana ia dekat dihati untuk disayangi. Tapi kan kalau lah Allah nak jadikan wanita dari tulang kepala atau kaki tak mustahil kan?..mungkin ada hikmah yang lain boleh difikirkan atas kejadian itu.
Berbalik pada tajuk diatas saya terpintas memikirkan sesuatu ketika berada didalam kereta,bahawa antara hikmah mulut berada di bahagian atas sekali ,iaitu bahagian kepala,mungkin ini cuma pandangan saya,mungkin boleh menjadi iktibar dan peringatan bersama. Ok ,cuba bayangkan dilautan ,mengapakah ada benda yang terapung dan ada yang tenggelam bukan?mesti yang tenggelam adalah yang berat dan yang terapung yang ringan bukan?span kan ringan, tu sebab dia terapung. Macam kat daratan juga,belon yang adik kecik main tu,kan rengan .Itu sebab ia mudah terapung. Mungkin ada yang berat terapung,tetapi ia atas usha manusia mengaitkan ia dengan sains seperti kapal yang berat yang menggunakan bouyant force.
So,atas analogi yang saya sampai kan diatas tadi maka kita kait kan dengan mulut,rupanya ramai yang tak sedar termasuk saya bahawa mulut kita ini terlalu ringan untuk mengucapkan dan melafazkan sesuatu daripada melakukan sesuatu apa yang dilafazkan. Tu sebab ada pepatah bahasa pasar(ye ke?,huhu) berbunyi “lu cakap tak slupa bikin ma” , orang mlaka kata “cakap gebang” , orang n0gori plak “cakap lobih,buek tak do” dan macam2 lagi lah. Sedarkah kita bahawa mulut ini mampu membawa kebinasaan atau kebahagian pada kita. Pepatah melayu pula kata“telanjur perahu boleh undur,telanjur kata,binasa badan”(btol tak tu?). Banyak bercakap banyak pula dosa nya. Tetapi ada ada ketika pula kita wajib berekata2 seperti menegakkan keadilan dan menjadi saksi atau wali walaupun terpaksa (QUL HAQ WALAU KANA MUO

RAN) .
Disini saya ingin sentuh sedikit masalah yang sering kita lakukan ialah berjanji. Janji bukan lah boleh dibuat main,seperti janji kita pada Allah seperti ucapan syahadah kita,sedar tak setiap kali solat kita,kita ada berjanji dalam doa iftitah yang berbunyi “sesungguhnya solat ku,ibadah ku,hidup matiku hanya untuk Mu(Allah)” itu kan janji. Perkataan “inna” dalam bahasa arab yang membawa erti kata penegas atau penguat untuk berjanji untuk melakukannya. Tak caya cuba kita bayangkan seseorang menyatakan sesungguhnya cinta idup dan mati aku ini hanya lah untuk mu sayang,(huhu bukan nak berjiwang ni). So dalam fikiran kita apa?tentu lah kata2 janji bukan? Bayang kan lah orang kata pada kita begitu, selepas tu dia wat tak tau atau abaikan kata2 itu,tentu kita berkata dalam hati bahawa dia telah memungkiri janji pada kita betul? Maka dengan janji lah kita akan dituntut di akhirat kelak untuk kita bertanggungjawab atas janji2 yang pernah diungkapkan sebelum ini. Ada kisah yang menceritakan seseorang itu tersungkur dipintu syurga kerana janji ketika dia masih hidup lagi. Maka dengan itu awas dengan kata2!.

Wednesday, December 2, 2009

ANTARA IBADAH DAN ADAT


ANTARA IBADAH DAN ADAT

Umat Islam sekarang walaupun dalam era kebangkitan Islam lebih memberikan keutamaan kepada sambutan Aidil Fitri berbanding dengan ketibaan bulan Ramadhan yang mewajibkan ibadah puasa. Malah sebelum Ramadhan menjelang tiba, persiapan hari raya sudah terlebih dahulu diatur.


Walaupun dalam kegawatan ekonomi ketika ini, tiga atau empat bulan sebelumnya, persiapan pakaian untuk keluarga dan anak-anak sudah difikirkan dan sejumlah wang juga diperuntukkan untuk tujuan tersebut. Jika persiapan dibuat di saat akhir, berbagai kesulitan akan timbul dan harga pakaian sudah melambung.
Tabiat umat Islam ketika menghadapi hari raya ini sudah difahami oleh golongan peniaga. Maka tidak hairanlah kenapa promosi jualan dan iklan besar-besaran untuk perayaan Aidil Fitri diadakan lebih awal lagi iaitu sebelum menjelang Ramadhan. Mereka akan meraih keuntungan besar dan lumayan hasil dari sikap dan tabiat kaum muslimin yang ‘aneh’ dalam menghadapi hari raya saban tahun.
Kekeliruan terhadap Aidil Fitri di kalangan umat Islam menyebabkan hari ibadah sudah bertukar menjadi tradisi, hampir menyamai tradisi kaum lain yang menyambut hari raya mereka. Biasanya, penganut agama lain mengadakan pesta hari raya, bersukaria dengan berbagai acara hiburan dan pesta makan minum dan majlis tari menari.
Keadaan yang sama akan ditemui sewaktu majlis sambutan Aidil Fitri di kalangan umat Islam walaupun boleh juga dibanggakan kehadiran kaum muslimin untuk menunaikan solat Aidil Fitri raya itu. Mereka turut bertakbir dan mengumandangkannya di masjid-masjid dan surau-surau serata pelosok. Malah ada yang menitiskan air mata mendengar alunan takbir hari raya yang begitu menyayukan.
Malangnya air mata yang mengalir itu bukan lahir dari keinsafan. Ia hanya disebabkan alunan takbir yang sesekali didengar itu mempengaruhi perasaan dan mencuit emosi. Tidak dinafikan ada manusia ada yang perasaannya mudah tersentuh dengan kesedihan irama lagu, tetapi bersikap tidak peduli apa yang terkandung di dalam lafaz takbir itu seperti juga orang yang menghafal ‘Asma ul-Husna’ kerana didorong oleh lagunya yang amat menarik, sementara sifat-sifat Allah yang terkandung dalam lafaz itu tidak dihiraukan.
Tidak ramai yang berusaha menghayati lafaz-lafaz dalam takbir dan tahmid hari raya itu. Walaupun diulang-ulang setiap kali tibanya hari raya, namun tidak banyak yang mengambil tahu maksud dan pengertian lafaz yang diucapkan. Sedangkan antara maksudnya ialah:
"Tiada tuhan melainkan Allah, kami tidak menyembah kecuali kepada-Nya, dengan ikhlas untuk agama (Islam), walaupun dibenci oleh golongan yang menyengutukan Allah.
"Tiada tuhan melainkan Allah Yang Esa yang benar janji-Nya, yang memuliakan tentera-tenteraNya (tentera Muslimin) yang menolong hamba-Nya (dengan) mengalahkan tentera Ahzab (tentera bersekutu yang diketuai oleh kaum musyrikin serta kaum Yahudi dan Nasrani) dengan keesaan-Nya."
"Tiada tuhan melainkan Allah yang Maha Besar Allah Yang Maha Besar dan untuk Allah-lah segala puji-pujian."
Andainya mereka dapat menginsafi maksud ucapan takbir dan tahmid itu, tidak mungkin persiapan hari raya itu dilakukan begitu rupa, berbelanja besar untuk persiapan yang tidak perlu sehingga ke tahap membazir. Allah yang sedang dipuji sangat membenci perbuatan membazir.
Jika benar seperti pengakuannya bahawa dia menyembah Allah yang Esa dan yang Benar segala janji-janjiNya, mengapa pula mereka menjadi hamba kepada tuhan-tuhan ciptaan manusia? Mereka sebenarnya tidak bersedia membantu agama Allah untuk mendaulatkannya di muka bumi ini, walaupun lidah mereka mengaku untuk ikhlas terhadap agama Allah itu.
Jika benar mereka sedar akan laungan sanjungan terhadap Allah yang telah menghancurkan tentera Ahzab (tentera bersekutu kuffar) di zaman Rasulullah sehingga tentera Islam mencapai kejayaan, tetapi kini mengapa tentera bersekutu yang diketuai oleh golongan kuffar diundang dan diberi kepercayaan untuk menyelesaikan pertikaian umat Islam?
Jika demikian keadaannya, sesungguhnya ucapan takbir dan tahmid hari raya tidak lagi dihayati menurut sewajarnya, tetapi ia hanya sekadar senandung irama sayu di pagi raya, yang meruntun hati lantas terbit rasa pilu dan sedih semata-mata kerana suasana dan iramanya. Sedang maksud lafaz sebenarnya terus dilupakan.
Betapa Allah (SWT) menciptakan Aidil Fitri suatu ibadah dapat diukur dengan pengharaman puasa pada hari tersebut. Walaupun puasa itu adalah suatu ibadah, tetapi kerana agungnya Aidil Fitri itu maka Allah (SWT) melarang ibadah puasa dilakukan pada hari tersebut. Ini sebagai anugerah terhadap hambaNya yang telah sanggup berlapar dan dahaga juga menahan kemahuan seksnya di siang hari puasa sepanjang bulan Ramadhan.
Bagaimanapun larangan berpuasa itu tidak boleh ditafsirkan sebagai isyarat untuk berpesta makanan, mengadakan segala macam jamuan dengan beranika juadah sehingga melampaui batas-batas kesederhanaan yang dituntut oleh Islam dalam semua keadaan.
Apabila meninjau budaya berhari raya di kalangan masyarakat Islam di kalangan masyarakat Islam di rantau Nusantara kebelakangan ini, ia memperlihatkan ibadah Aidil Fitri itu semakin tidak nyata. Ia sudah bercampur-baur dengan segala resam hidup masyarakat setempat dan juga budaya import.


Wednesday, November 11, 2009

seronok bergurau..


Hidup kita memang selalu dipenuhi dengan gurau senda dengan orang di sekeliling. Tujuannya hanya satu; untuk gembira dan ceriakan suasana. Takkan kita nak serius sepanjang masa, betul tak?

Tapi, sedarkah kita, ketika bergurau senda, kita mungkin dah berbohong? Kita mungkin tak berniat untuk betul-betul bercakap bohong, tapi hanya sekadar cakap main-main; atau kata orang sekadar mengacah saja.

Soalnya, betul ke kita tak boleh menipu walaupun dengan hanya niat untuk bergurau? Nama pun gurauan, jadi kita bukan berniat untuk betul-betul menipu, hanya sekadar main-main dan tak memudharatkan sesiapa. Dan biasanya, kita mesti akan cakap, “Aku main-main je la…” “Aku tipu engkau je tadi. Saja nak tengok macam mana reaksi engkau

jadi, hati-hati ketika brgurau agar tidak menguris hati orang yg kita sayangi..

huuu..antara keratan artikel yg br baca ptg td

Friday, November 6, 2009

Usrah, Meeting, Program,rehat dan...?




 






Tariq melabuhkan badannya ke tilam murah di rumah sewa setelah penat membawa usrah sebentar tadi. Dia menyiapkan beberapa tugasan untuk dihantar pada pensyarah pagi esok. Selesai saja tugasan, Tariq terpaku seketika dek terkenangkan ahli-ahli usrah yang dibawanya... Adakala rasa seronok berkongsi pandangan dengan mereka. Tapi... "Ahh... Malas la nak fikir, tidur lagi bagus", detik hatinya. Jam menunjukkan pukul 2.00 pagi.



Sebelum Subuh lagi Tariq bangun untuk bersiap-siap ke surau. Dengan mata yang bengkak kerana tak cukup tidur, dia jalan terhuyung-hayang menuju ke surau berdekatan setelah mengambil wudhuk di rumah. Selesai solat berjamaah, ia berzikir sambil 'menunduk-nudukkan kepala' tanda sangat 'khusyuk' dalam zikirnya. "Alahai.. mengantuknya. Balik rumah je la. Boleh landing kejap sebelum ke kuliah.."






"Tariq...! Awak mengantuk lagi, pergi basuh muka", tegur pensyarahnya, Dr. Syarah. Mata Tariq cerah semula. Ramai pelajar tersenyum sinis memandangnya. "Alamak... kantoi lagi aku dengan Dr. Syarah", getus hatinya. Tariq membuat muka selamba seolah tiada apa-apa yang berlaku. Pensyarah itu meneruskan syarahnya walaupun mata Tariq masih lagi 'bergelombang' sayup-sayup layu mata memandang.



Sedang mendengar kuliah dengan mata kemerah-merahan, handphoneTariq vibrate menandakan ada call atau sms dari seseorang. "Salam. Jangan lupa 8.15 malam ni diadakan meeting di aras jamaah, fakulti program." Begitulah pesanan sms yang tertulis dari kawan seusrahnya, Mutarriq. "Meeting lagi", keluh hatinya. "Malam tadi dah usrah, malam ni meeting pulak", tambah hatinya. Selesai hantar tugasan dan kuliah 'tidur' jam 10.30 pagi, Tariq meluru ke motornya sambil membelek buku kecilnya jika ada perkara-perkara yang perlu dilakukan.



"Ishh... Yang ni tak buat lagi, yang ni pun tak buat lagi. Hari ni dah Khamis, program hari Sabtu.. Apa aku nak jawab dengan Mutarriq malam nanti?" tanya hatinya. Mahu tak mahu Tariq pulang ke rumahnya. Ia membuka komputer sambil menaip-naip sesuatu sambil memicit kepalanya. "Ok. Kuliah lambat lagi. Pukul 2.00 petang. Boleh aku siapkan kerja aku ni", cetus hatinya sambil melihat jam tangannya yang menunjukkan pukul 11.00 pagi.



Setelah dua jam berhempas pulas, akhirnya kerja yang berkaitan dengan program Sabtu terdekat selesai. "Alhamdulillah. .." syukur Tariq padaNya kerana memudahkan urusannya. Tariq cukup yakin akan pertolongan Allah bagi orang yang menolong agamaNya. Selesai solat Zohor, Tariq bergegas ke fakulti untuk kuliah. Dengan macho ia masuk ke kelas. Belum sempat Tariq duduk dan bertegur sapa dengan kawannya, pensyarah berkata, "Ok kelas, kita ada kuiz sekarang. Sila tutup buku dan nota". Hilanglah macho Tariq apabila mendengar perkataan keramat itu. Mulutnya ternganga kelu tanpa kata. "Habis la aku kali ni... Satu apa pun aku tak baca", kata hatinya.



Timbullah suara-suara jahat Azazil: "Itulah kau. Sibuk usrah, meeting, program memanjang sampai belajar entah ke mana. Kalau kau belajar saja kan bagus. Mesti kau boleh score punya. Usrah, meeting, program ni lepas belajar pun boleh buat. Malam esok kamu pulak ada usrah di rumah Pak Cik Murabbi. Bila pulak kamu nak study? Haa.. Jawab, jawab...!". Tariq tak jawab apa-apa oleh kerana kagetnya sambil mulut ternganga. Lebih jahat lagi Azazil menghasut: "Kamu nak mintak tolong siapa sekarang. Pak Cik Murabbi tak dapat tolong kamu. Jamaah pun tak dapat tolong kamu. Allah tak tolong kamu. Fail nanti kamu jugak yang susah." Walaupun sedang dilema, Tariq meneruskan kuiznya sekadar yang termampu.



"Tariq mesti istiqamah dalam perjuangan.. .", kata Pak cik Murabbi setelah Tariq mengadu masalahnya. "Belajar tu wajib. Kamu mesti bersedia sepanjang masa", tambahnya lagi. "Tapi Pak Cik, macam mana? Setiap hari ada saja kerja yang perlu dibuat sampai tak sempat nak study", kata Tariq. "Masing-masing diberikan masa secukupnya, cuma kita yang tak pandai menggunakannya" , jawab Pak Cik Murabbi. "Banyak lagi masa yang kita ada. Cuba kamu kira, berapa lama berbual-bual dengan kawan? Berapa lama melayari internet? Berapa lama menonton televisyen? Berapa lama bermain games? Berapa lama makan di gerai?" tambahnya.



"Semua itu pencuri masa kita. Kurangkan masa-masa tersebut dan Tariq pasti ada masa untuk study", tegasnya. Lantas Pak Cik berpesan kepada Tariq sebelum pulang dari usrah: "Jangan salahkan perkara atau orang lain jika salah itu datang daripada diri kita sendiri. Salah kita kerana tidak pandai menguruskan masa. Orang lain pun lebih sibuk daripada awak dan ia juga berjaya dalam pelajarannya. Ia juga diberi 24 jam sehari seperti awak." Amat tepat sekali jawapan Pak Cik Murabbi kepada Tariq dan menimbulkan kembali semangat juangnya untuk Islam dan tidak melupakan masa untuk belajar.



Namun, Tariq bertanya: "Siapa orang lain yang berjaya tu Pak Cik?". Dengan selamba Pak Cik Murabbi menjawab: "Pak Cik la orang lain tu. Nak bagitau nama orang lain Pak Cik tak tau...", sambil senyum meleret pada Tariq sambil ternampak gigi. "Terima kasih atas nasihat Pak Cik", kata Tariq sambil tersenyum. Tariq pulang bersama mutiara berharga dari Pak Cik Murabbi yang juga cemerlang dalam usrah, meeting, program dan... AKADEMIK semasa belajar dahulu.


"Masa itu ibarat pedang. Jika kita tidak memotongnya, ia akan memotong kita."
(Pepatah Arab)


Friday, October 30, 2009




















ajaib?pelik?luar biasa?

satu perkara yang sangat menarik dibual kan,baru2 ni kisah sejadah berdiri?macam la,ana pun bley buat sejadah berdiri,tapi wallah hu a'lam mayb ni bukti kekuasaan ALLAH atau dibuat2,mayb ALLAH nak nak tunjukkan kebenaran islam,nak bagi peringatan..huhu..tapi kenapa kita perlu taksub dengan semua itu,tahukah kat rumah kita ada benda yang paling ajaib?insyAllah la setiap rumah orang muslim ada benda tu..apa dia?cuba la teka..huhu...AL-QURAN la..tau tak teeeeerrlalu banyak perkara ajaib dalam al-quran.kita akan ketahuinya selepas kita kaji isi kandunagnnya..sebagai contoh tahukah dalam al-quran ada 12 kali sebutan as-shahru(bulan) tu sebab dalam setahun ada 12 bulan,begitu juga hari(al-yaum) ada 365 kali disebut dalam al-quran..hebat bukan?so patut takjub pada al-quran bukan sejadah tu,imam as-syafie pengasas mazhab,bila beliau menuntut dengan iman malek,dia mencatat semua ilmu itu ditapak tangan menggunakan air liur,tetapi apabila disoal beliau mampu menerangkan dari perkataan demi perkataan tanpa satu salah pun,sehinggakan kitab al mawattu' dikarang nya terkenal dn diguna pakai sampai hari ini,hehe kalo la orang sekarang  wat macam tu,tulis guna air liur,gila atau pelik dikata kan pada orang tu?,lagi satu tentang surah al-mukminun kan..
(QAD AF -LAHAL MUKMINUN,ayat satu)bermaksud bruntung(berjaya)  lah orang2 beriman.kenapa guna aflahal(al-falah) yang membawa erti berjaya,padahal al-falah  bermaksud petani mengikut dari segi bahasa,rupanya ALLAH nak tunjukkan bahawa kejayaan perlu usha,macam bertani perlu usha serta dibaja,disiram,dijaga,  so nak berjaya kena la berusha..apa yang ana nak gitau yang terlalu takjub tentang perkara yang biasa ni takot2 nt jadi syirik..sakadar berkongsi..

Tuesday, October 27, 2009

selamat mencuba...matematik dengan islam


syukran pada sahabat2 yang sudi bersama ana di ruang blog ini..ana nak share sedikit macamana nak tau juzuk(bab) dalam al-quran uthmani??senang je..ok guna formula ni (n x 2)-(2) then tambah nombor 2 pada hujung nyer..n tu integers untuk bilangn juzuk yang antum mahu..ok sebagai contoh juzuk 5.
5 x 2 =10,then 10 -2 =8 then 8 tadi tambah nmbor 2 hujung nyer..nt dia akan jadi 82..cuba cek al-quran masing2..try lagi nt ye..

Sabda Nabi SAW, sesiapa yang Allah

ingin kurniakan kebaikan padanya

nescaya dikurniakan sahabat yang soleh,

jika ia terlalai sahabat itu memberi peringatan

dan membantunya

makanan turun dari langit??pendita yang insaf??



Ibrahim al-Khawas ialah seorang wali Allah yang terkenal keramat dan dimakbulkan segala doanya oleh Tuhan. Beliau pernah menceritakan suatu peristiwa yang pernah dialaminya. Katanya, "Menurut kebiasaanku, aku keluar menziarahi Mekah tanpa kenderaan dan kafilah. Pada suatu kali, tiba-tiba aku tersesat jalan dan kemudian aku berhadapan dengan seorang rahib Nasrani (Pendita Kristian)."
Bila dia melihat aku dia pun berkata, "Wahai rahib Muslim, bolehkah aku bersahabat denganmu?"
Ibrahim segera menjawab, "Ya, tidaklah aku akan menghalangi kehendakmu itu."
Maka berjalanlah Ibrahim bersama dengannya selama tiga hari tanpa meminta makanan sehinggalah rahib itu menyatakan rasa laparnya kepadaku, katanya, "Tiadalah ingin aku memberitakan kepadamu bahwa aku telah menderita kelaparan. Kerana itu berilah aku sesuatu makanan yang ada padamu."
Mendengar permintaan rahib itu, lantas Ibrahim pun bermohon kepada Allah dengan berkata, "Wahai Tuhanku, Pemimpinku, Pemerintahku, janganlah engkau memalukan aku di hadapan seteru(bukan hambaNYA) engkau ini."
Belum pun habis Ibrahim berdoa, tiba-tiba turunlah setalam hidangan dari langit berisi dua keping roti, air minuman, daging masak dan tamar. Maka mereka pun makan dan minum bersama dengan seronok sekali.
"Sesudah itu aku pun meneruskan perjalananku. Sesudah tiga hari tiada makanan dan minuman, maka di kala pagi, aku pun berkata kepada rahib itu, "Hai rahib Nasrani, berikanlah ke mari sesuatu makanan yang ada kamu. Rahib itu menghadap kepada Allah, tiba-tiba turun setalam hidangan dari langit seperti yang diturunkan kepadaku dulu."
Sambung Ibrahim lagi, "Tatkala aku melihat yang demikian, maka aku pun berkata kepada rahib itu - Demi kemuliaan dan ketinggian Allah, tiadalah aku makan sehingga engkau memberitahukan (hal ini) kepadaku."
Jawab rahib itu, "Hai Ibrahim, tatkala aku bersahabat denganmu, maka jatuhlah telekan makrifah (pengenalan) engkau kepadaku, lalu aku memeluk agama engkau. Sesungguhnya aku telah membuang-buang masa di dalam kesesatan dan sekarang aku telah mendekati Allah dan berpegang kepada-Nya. Dengan kemuliaan engkau, tiadalah dia memalukan aku. Maka terjadilah kejadian yang engkau lihat sekarang ini. Aku telah mengucapkan seperti ucapanmu (kalimah syahadah)."
"Maka sucitalah aku setelah mendengar jawapan rahib itu. Kemudian aku pun meneruskan perjalanan sehingga sampai ke Mekah yang mulia. Setelah kami mengerjakan haji, maka kami tinggal dua tiga hari lagi di tanah suci itu. Suatu ketika, rahib itu tiada kelihatan olehku, lalu aku mencarinya di masjidil haram, tiba-tiba aku mendapati dia sedang bersembahyang di sisi Kaabah."
Setelah selesai rahib itu bersembahyang maka dia pun berkata, "Hai Ibrahim, sesungguhnya telah hampir perjumpaanku dengan Allah, maka peliharalah kamu akan persahabatan dan persausaraanku denganmu."
Sebaik saja dia berkata begitu, tiba-tiba dia menghembuskan nafasnya yang terakhir iaitu pulang ke rahmatullah. Seterusnya Ibrahim menceritakan, "Maka aku berasa amat dukacita di atas pemergiannya itu. Aku segera menguruskan hal-hal pemandian, kapan dan pengebumiannya. Apabila malam aku bermimpi melihat rahib itu dalam keadaan yang begitu cantik sekali tubuhnya dihiasi dengan pakaian sutera yang indah."
Melihatkan itu, Ibrahim pun terus bertanya, "Bukankah engkau ini sahabat aku kelmarin, apakah yang telah dilakukan oleh Allah terhadap engkau?"
Dia menjawab, "Aku berjumpa dengan Allah dengan dosa yang banyak, tetapi dimaafkan dan diampunkan-Nya semua itu kerana aku bersangka baik (zanku) kepada-Nya dan Dia menjadikan aku seolah-olah bersahabat dengan engkau di dunia dan berhampiran dengan engkau di akhirat."
Begitulah persahabatan di antara dua orang yang berpengetahuan dan beragama itu akan memperolehi hasil yang baik dan memuaskan. Walaupun salah seorang dahulunya beragama lain, tetapi berkat keikhlasan dan kebaktian kepada Allah, maka dia ditarik kepada Islam dan mengalami ajaran-ajarannya."


begitu lah kisah dimana menunjukkan bahawa hidayah adalah milik ALLAH semata dan orang yang bersangka baik dengan Allah akan diberiakn rahmat kepadanya.Allah itu maha pengamopun dan lagi maha penyayang apatah algi kita hambanya wajiblah sentiasa memupuk semangat kasih sayang serta maaf memaafi..


Monday, October 12, 2009

renungkan lah..

kadangkala mulut lebih ringan berkata2 dari tubuh melakuakn kan sesuatu ibadah,di mana kesilapan kita?andai kata putaran dunia ini boleh diundurkan semula,sudah tentu ramai yang ingin undurkan masa yang lampau yang penuh denagan dosa-dosa.seandainya hidup hidup hanya mati,tentu manusia tak takot akan dosa-dosa,tapi yang ditakutkan adalah selepas mati adanya kehidupan baru untuk hari pembalasan.
كَبُرَ مَقْتًا عِندَ اللَّهِ أَن تَقُولُوا مَا لَا تَفْعَلُونَ ﴿٣﴾
(3) Amat besar kebenciannya di sisi Allah kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya.

Sunday, October 4, 2009

unta berkata-kata demi kebenaran..

Pada zaman Rasulullah s.a.w, ada seorang Yahudi yang menuduh orang Muslim mencuri untanya. Maka dia datangkan empat orang saksi palsu dari golongan munafik. Nabi s.a.w lalu memutuskan hukum unta itu milik orang Yahudi dan memotong tangan Muslim itu sehingga orang Muslim itu kebingungan. Maka ia pun mengangkatkan kepalanya menengadah ke langit seraya berkata, "Tuhanku, Engkau Maha Mengetahui bahwa sesungguhnya aku tidak mencuri unta itu."
Selanjutnya orang Muslim itu berkata kepada Nabi s.a.w, "Wahai Rasulullah, sungguh keputusanmu itu adalah benar, akan tetapi mintalah keterangan dari unta ini."
Kemudian Nabi s.a.w bertanya kepada unta itu, "Hai unta, milik siapakah engkau ini ?"
Unta itu menjawab dengan kata-kata yang fasih dan terang, "Wahai Rasulullah, aku adalah milik orang Muslim ini dan sesungguhnya para saksi itu adalah dusta."
Akhirnya Rasulullah s.a.w berkata kepada orang Muslim itu, "Hai orang Muslim, beritahukan kepadaku, apakah yang engkau perbuat, sehingga Allah Taala menjadikan unta ini dapat bercakap perkara yang benar."
Jawab orang Muslim itu, "Wahai Rasulullah, aku tidak tidur di waktu malam sehingga lebih dahulu aku membaca selawat ke atas engkau sepuluh kali."
Rasulullah s.a.w bersabda,
"Engkau telah selamat dari hukum potong tanganmu di dunia dan selamat juga dari seksaan di akhirat nantinya dengan sebab berkatnya engkau membaca selawat untukku."
Memang membaca selawat itu sangat digalakkan oleh agama sebab pahala-pahalanya sangat tinggi di sisi Allah. Lagi pula boleh melindungi diri dari segala macam bencana yang menimpa, baik di dunia dan di akhirat nanti. Sebagaimana dalam kisah tadi, orang Muslim yang dituduh mencuri itu mendapat perlindungan daripada Allah melalui seekor unta yang menghakimkannya.

Saturday, October 3, 2009

25 pesanan luqmanul hakim


01 - Hai anakku: ketahuilah, sesungguhnya dunia ini bagaikan lautan yg dalam, banyak manusia yg karam ke dalamnya. Bila engkau ingin selamat, agar jangan karam, layarilah lautan itu dengan SAMPAN yg bernama TAKWA, ISInya ialah IMAN dan LAYARnya adalah TAWAKKAL kepada ALLAH.

02 - orang - orang yg sentiasa menyediakan dirinya utk menerima nasihat, maka dirinya akan mendapat penjagaan dari ALLAH. Orang yg insaf dan sedar setalah menerima nasihat orang lain, dia akan sentiasa menerima kemulian dari ALLAH juga.

03 - Hai anakku; orang yg merasa dirinya hina dan rendah diri dalam beribadat dan taat kpd ALLAH, maka dia tawadduk kepada ALLAH, dia akan lebih dekat kepada ALLAH dan selalu berusaha menghindarkan maksiat kepada ALLAH.

04 - Hai anakku; seandainya ibubapamu marah kepadamu kerana kesilapan yang dilakukanmu, maka marahnya ibubapamu adalah bagaikan baja bagi tanam tanaman.

05 - Jauhkan dirimu dari berhutang, kerana sesungguhnya berhutang itu boleh menjadikan dirimu hina di waktu siang dan gelisah di waktu malam.

06 - Dan selalulah berharap kpd ALLAH tentang sesuatu yg menyebabkan untuk tidak menderhakai ALLAH. Takutlah kpd ALLAH dengan sebenar benar takut ( takwa ), tentulah engkau akan terlepas dr sifat berputus asa dari rahmat ALLAH.

07 - Hai anakku; seorang pendusta akan lekas hilang air mukanya kerana tidak dipercayai orang dan seorang yg telah rosak akhlaknya akan sentiasa banyak melamunkan hal hal yg tidak benar. Ketahuilah, memindahkan batu besar dr tempatnya semula itu lebih mudah drpd memberi pengertian kpd orang yg tidak mahu mengerti.

08 - Hai anakku; engkau telah merasakan betapa beratnya mengankat batu besar dan besi yg amat berat, tetapi akan lebih lagi drpd semua itu, adalah bilamana engkau mempunyai tetangga (jiran) yg jahat.

09 - Hai anakku; janganlah engkau mengirimkan orang yg bodoh sebagai utusan. Maka bila tidak ada orang yang cerdik, sebaiknya dirimulah saja yang layak menjadi utusan.

10 - Jauhilah bersifat dusta, sebab dusta itu mudah dilakukan, bagaikan memakan daging burung, padahal sedikit sahaja berdusta itu telah memberikan akibat yg berbahaya.

11 - Hai anakku; bila engkau mempunyai dua pilihan, takziah orang mati atau hadir majlis perkahwinan, pilihlah utk menziarahi orang mati, sebab ianya akan mengingatkanmu kepada kampung akhirat sedang kan menghadiri pesta perkahwinan hanya mengingatkan dirimu kepada kesenangan duniawi sahaja.

12 - janganlah engkau makan sampai kenyang yg berlebihan, kerana sesungguhnya makan yg terlalu kenyang itu adalah lebih baiknya bila makanan itu diberikan kpd anjing sahaja.

13 - Hai anakku; janganlah engkau langsung menelan sahaja kerana manisnya barang dan janganlah langsung memuntahkan saja pahitnya sesuatu barang itu, kerana manis belum tentu menimbulkan kesegaran dan pahit itu belum tentu menimbulkan kesengsaraan.

14 - Makanlah makananmu bersama sama dengan orang orang yg takwa dan musyawarahlah urusanmu dengan para alim ulamak dengan cara meminta nasihat dari mereka.

15 - Hai anakku; bukanlah satu kebaikan namanya bilamana engkau selalu mencari ilmu tetapi engkau tidak pernah mengamalkannya. Hal itu tidak ubah bagaikan orang yg mencari kayu bakar, maka setelah banyak ia tidak mampu memikulnya, padahal ia masih mahu menambahkannya.

16 - Hai anakku; bilamana engkau mahu mencari kawan sejati, maka ujilah terlebih dahulu dengan berpura pura membuat dia marah. Bilamana dalam kemarahan itu dia masih berusaha menginsafkan kamu,maka bolehlah engkau mengambil dia sebagai kawan. Bila tidak demikian, maka berhati hatilah.

17 - selalulah baik tuturkata dan halus budibahasamu serta manis wajahmu, dengan demikian engkau akan disukai orang melebihi sukanya seseorang terhadap orang lain yg pernah memberikan barang yg berharga.

18 - Hai anakku; bila engkau berteman, tempatkanlah dirimu padanyasebagai orang yg tidak mengharapkan sesuatu daripadanya. Namun biarkanlah dia yg mengharapkan sesuatu darimu.

19 - Jadikanlah dirimu dalam segala tingkahlaku sebagai orang yg tidak ingin menerima pujian atau mengharap sanjungan orang lain kerana itu adalah sifat riya~ yg akan mendatangkan cela pd dirimu.

20 - Hai anakku; janganlah engkau condong kpd urusan dunia dan hatimu selalu disusahkan olah dunia saja kerana engkau diciptakan ALLAH bukanlah untuk dunia sahaja. Sesungguhnya tiada makhluk yang lebih hina daripada orang yang terpedaya dengan dunianya.

21 - Hai anakku; usahakanlah agar mulutmu jangan mengeluarkan kata kata yg busuk dan kotor serta kasar, kerana engkau akan lebih selamat bila berdiam diri. Kalau berbicara, usahakanlah agar bicaramu mendatangkan manfaat bagi orang lain.

22 - Hai anakku; janganlah engkau mudah ketawa kalau bukan kerana sesuatu yg menggelikan, janganlah engkau berjalan tanpa tujuan yg pasti, janganlah engkau bertanya sesuatun yang tidak ada guna bagimu, janganlah mensia siakan hartamu.

23 - Barang sesiapa yg penyayang tentu akan disayangi, sesiapa yg pendiam akan selamat daripada berkata yg mengandungi racun, dan sesiapa yg tidak dapat menahan lidahnya dr berkata kotor tentu akan menyesal.

24 - Hai anakku; bergaullah rapat dengan orang yg alim lagi berilmu. Perhatikanlah kata nasihatnya kerana sesungguhnya sejuklah hati ini mendengarkan nasihatnya, hiduplah hati ini dengan cahaya hikmah dari mutiara kata katanya bagaikan tanah yg subur lalu disirami air hujan.

25 - Hai anakku; ambillah harta dunia sekadar keperluanmu sahaja, dan nafkahkanlah yg selebihnya untuk bekalan akhiratmu. Jangan engkau tendang dunia ini ke keranjang atau bakul sampah kerana nanti engkau akan menjadi pengemis yang membuat beban orang lain. Sebaliknya janganlah engkau peluk dunia ini serta meneguk habis airnya kerana sesungguhnya yg engkau makan dan pakai itu adalah tanah belaka. Janganlah engkau bertemankan dengan orang yg bersifat talam dua muka, kelak akan membinasakan dirimu.

Sekian, Wassalam.

Hai insan yang alpa Kehinaan bagi mu Kebangaan bagi ku

assalamualikum...

NAMA:ABDUL RAHMAN BIN IDRUS
UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA(UTeM)
ELECTRICAL ENGENEERING