Monday, October 29, 2012

PESAN MURABBI KITA




Suatu hari, Imam Al Ghozali berkumpul dengan murid-muridnya.
Lalu Imam Al Ghozali bertanya,

pertama, "Apa yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?". Murid-muridnya ada yang menjawab orang tua, guru, teman, dan kerabatnya. Imam Ghozali menjelaskan semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita adalah "mati". Sebab itu sudah janji Allah SWT bahwa setiap yang bernyawa pasti akan mati. (Ali Imran 185)

Lalu Imam Ghozali meneruskan pertanyaan yang kedua. "Apa yang paling jauh dari diri kita di dunia ini?". Murid -muridnya ada yang menjawab negara Cina, bulan, matahari, dan bintang-bintang. Lalu Imam Ghozali menjelaskan bahwa semua jawapan yang mereka berikan adalah benar. Tapi yang paling benar adalah "masa lalu". Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak bisa kembali ke masa lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama.

Lalu Imam Ghozali meneruskan dengan pertanyaan yang ketiga. "Apa yang paling besar di dunia ini?". Murid-muridnya ada yang menjawab gunung, bumi, dan matahari. Semua jawapan itu benar kata Imam Ghozali. Tapi yang paling besar dari yang ada di dunia ini adalah "nafsu" (Al A'Raf 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu membawa kita ke neraka.

Pertanyaan keempat adalah, "Apa yang paling berat di dunia ini?". Ada yang menjawap baja, besi, dan gajah. Semua jawapan hampir benar, kata Imam Ghozali, tapi yang paling berat adalah "memegang AMANAH" (Al Ahzab 72). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka untuk menjadi kalifah (pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya menyanggupi permintaan Allah SWT, sehingga banyak dari manusia masuk ke neraka karena ia tidak bisa memegang amanahnya.

Pertanyaan yang kelima adalah, "Apa yang paling ringan di dunia ini?". Ada yang menjawab kapas, angin, debu, dan daun-daunan. Semua itu benar kata Imam Ghozali, tapi yang paling ringan di dunia ini adalah meninggalkan Sholat. Gara-gara pekerjaan kita tinggalkan solat, gara-gara meeting kita tinggalkan sholat.

Lantas pertanyaan ke enam adalah, "Apakah yang paling tajam di dunia ini?". Murid-muridnya menjawab dengan serentak, pedang... Benar kata Imam Ghozali, tapi yang paling tajam adalah "lidah manusia". Karena melalui lidah, manusia dengan gampangnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri.
Sekian.

(just copy paste untuk renungan bersama)


Sunday, October 28, 2012

YEKE, HARI TASYRIQ DI HARAMAKN BERPUASA ??

sekadar perkongsian dari bukan dari golongan ulamak atau cendiakawan agama yang hebat, saya sekadar menyampaikan sedikit ilmu Allah SWT yang luas ini buat tatapan semua pembaca yang disayangi.

Bagi mazhab syafie ia dibenarkan bagi beberapa keadaan seperti nazar, bayar kaffarah atau qadha'. Sedangkan bila tidak ada sebab-sebab khusus, maka hukumnya haram berpuasa

10 zulhijah 1433H = 26 oktober 2012 = Jumaat
11 zulhijah 1433H = 27   oktober  2012 = Sabtu
12 zulhijah 1433H = 28   oktober  2012 = Ahad

esok isnin bersamaan 13 zulhijah 1433H = 29  oktober  2012 = isnin

menjadi kebiasaan kita melazimkan berpuasa sunat isnin dan khamis sebagai amalan tambahan. Cuma kene ingat , mulai hari sabtu yang lepas hingga esok, isnin merupakan hari tasyriq yang mana di HARAM kan 
berpuasa. Hari Tasyriq ialah hari ke 11, 12 dan 13 bulan zulhijah. Tiga hari selepas hari raya edul adha.

 Merujuk hadith ini :

Dari Abu Hurairah ra bahwa mengutus Abdullah bin Huzafah keliling Mina, "Janganlah kamu puasa pada hari-hari ini (tasyriq), sebab ini adalah hari-hari makan dan minum serta hari zikir kepada Allah SWT" (HR Ahmad dengan isnad jayyid)

Dari Ibnu Abbas ra bahwa Rasulullah SAW mengutus seseorang untuk mengumumkan, "Janganlah kamu puasa pada hari-hari ini (tasyriq), sebab ini adalah hari-hari makan, minum dan hari-hari bi'al." (HR Ath-Thabarny di dalam Al-Ausath 8052)
(Bi'al adalah hubungan suami istri)

Darulshabab : 28 oktober 2012

Sunday, October 21, 2012

CHOPSTICK SUNNAH RASULLALLAH SAW


Dari Abdullah bin ‘Umar radhiallahu anhuma bahwa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

إِذَا أَكَلَ أَحَدُكُمْ فَلْيَأْكُلْ بِيَمِينِهِ وَإِذَا شَرِبَ فَلْيَشْرَبْ بِيَمِينِهِ فَإِنَّ الشَّيْطَانَ يَأْكُلُ بِشِمَالِهِ وَيَشْرَبُ بِشِمَالِهِ

BOGOR,INDONESIA
“Jika seseorang di antara kalian makan, maka hendaknya dia makan dengan tangan kanannya. Jika dia minum maka hendaknya juga minum dengan tangan kanannya. Kerana syaitan makan dengan tangan kirinya dan minum dengan tangan kirinya pula.” (HR. Muslim no. 3764)
BANDUNG,INDONESIA

Bersama kita bincangkan mengenai dua cara makan antara pengaruh yang di bawa oleh Confucius dengan sunnah Rasullallah SAW. Biasa kita melihat bangsa china menggunakan dua batang kayu halus ini untuk menyuapkan makanan kedalam mulut. Jepun, Korea , Taiwan dan Vietnam mereka melazimkan budaya ini dalam kehidupan. Mereka meraikan dengan baik budaya mereka, dan kita?adakah kita meraikan budaya yang di bawa oleh Baginda SAW . Budaya ini jika diselarikan dengan niat kerana Allah, ia di kira ibadah.
Sebenarnya kita pun ada chopstick yang Allah kurniakan sejak kita di lahirkan. Allah ciptakan jari kita ini untuk memudahkan pelbagai pekerjaan termasuk menyuap makanan. Jika hendak di bandingkan, selain enzim yang ada pada tangan ini , 10 kali ganda dari enzim pada air liur kita. Setiap kali hendak makan, tak perlu kita fikirkan adakah kedai ini menyediakan chopstick kerana chopstick orang islam kita bawa kemana sahaja kita pergi dan sentiasa boleh di guna semula. Tak perlu membazir . Biasanya chopstick yang digunakan pakai buang dan diperbuat dari buluh, plastic dan suatu ketika dahulu  emas, gading dan perak digunakan bahan membuat chopstick bagi golongan pembesar.
Saya tertarik kisah seorang raja bernama tengku kudin bila di jemput makan di rumah seorang resident british. Ketika hadirin ingin mula menjamu selera, beliau terus bangun dan membasuh tangan nya lalu menyuap makanan menggunakan tangan. Bila di tanya kenapa tidak menggunakan sudu, jawapan beliau pertama saya yakin tangan saya ini lebih bersih dari sudu, kedua saya yakin tangan ini  bersih sebab saya tidak pernah pinjamkan kepada orang lain dan ketiga tangan ini tak pernah terjatuh ke dalam mana-mana longkang dan saya yakin ia sentiasa bersih bersama saya.
 Nabi kita makan menggunakan 3 jari sahaja bila menyuapkan makanan , atas hikmah itu, Rasullallah tidak mewajibkan makan hanya menggunakan 3 jari kerana sulit bagi sesetengah manusia akhir zaman ini. Cukuplah kita menggunakan jari ini menghargai nikmat pinjaman Allah ini. Selepas guna, basuh dan digunakan untuk kerja-kerja yang lain. Hebat sungguh chopstick orang islam “multipurpose” .
Tidak menjadi kesalahan atau dosa makan tidak menggunakan tangan , tetapi ia merupakan adab dan adat orang islam dan bangsa melayu. Tidak salah kita raikan sesuatu itu yang membawa manfaat kepada kehidupan seharian kita.


Monday, December 26, 2011

SEHARI SEMALAM DI KAMPUNG CUTI HARI NATAL


 ADUH!! TOLONG! kuang2..aku bangun seawal pagi subuh dan terus sarapan dan berbual2 dgn mak,mak ckp abah mak rindu aku lama dah tak balik,hamboi,terharunya ada orang rindu,abah dah pergi kebun jam 6.30 pagi lagi. Aku pergi la sapu halaman rumah,layan fisha(anak buah),cuci2 apa patut,baiki almari dan tibe2 teringin nak makan rambutan..perg!! merah menganggau kemerahan.Aku pon panjat la,tibe2 kene sengat penyegat,tu sebab aduh ayat diatas,huhu..Apa pengajaran disini?Allah mentarbiyah aku diatas pokok,haiwan sekecil penyegat itu mampu memberi kesakitan tak terhingga kepada manusia yg dijadikan khalifah dimuka bumi ini yg mampu miliki segala2nya dan makhluk yg paling mulia dijadikan Allah,tetapi menjadi punca pelbagai masalah di dunia ini. Apa nak jadi lah manusia ni . Bagaimana sengat Allah yg MAHA BESAR tu agak2 nya? .k,sambung criter,Padam muka aku!.Tapi never give up,pergi panjat pkok yg lain,tibe2 abah jerit..AMAN!! ko kek mano?? aku pon jawab,"kek ateh pokok ni ha" abah jwab,"woit,hati2,kang kodobin tegolek kang,den tak tau do,dahan tu tak kuek,ati2 yo! " ayat abah aku mmg cmtu,nmpak mcm kasar,tapi dia sgt2 penyayang,aku pon terus memanjat,rupa2 nya abah tinjau dari jauh,mungkin abah risau kot,begitulah kasih sayang seorang ayah,kalo mak aku,sonang jo..kiss sikit,kata sayang,dah rasa sayang,setle.Menggolek je tayar ,abah pesan,"kang dah sampai ,jgn lupo telipon"  Bagi sahabat2 yg masih mempunyai ayah,fahamilah mereke,bukan mereke perlu fahami kita,kasihilah mereke selagi peluang dan ruang masih ada.

Wednesday, November 30, 2011

PANDANGAN PERIBADI SAYA,UTeM KU TERBILANG


Assalamualaikum dan salam sejahtera sahabat-sahabat yang saya kasihi,lama bebeno tak update blog ini, minat sebenarnya menulis ni,tapi kekangan masa menjadi penghalang,hari ini cukup sudah saya memendam rasa malu dan ingin meluahkan sesuatu. Tidak pututs2 saya menerima sms dan fb inbox inginkan saya  mengulas isu "MPP digantung kuasa".Bukan sahaja sahabat2 dari UTeM sendiri,malah dari IPT lain,dan ada juga sahabat MPP dari IPT lain meminta saya mengajak dan memujuk agar pihak MPP sekarang mempertimbangkan balik atas tindakakan yang memalukan dan memilukan  ini.

     Saban tahun ,silih berganti barisan kepimpinan MPP ,sering dijanjikan benda yang sama ,KAMI MAHUKAN ASRAMA. kasihanilah kami.Ramai sahabat-sahabat terpaksa bangun awal untuk mengunggu bas,adakala bas pula tiada ,tertinggal bas sehinggakan terlepas untuk mengambil exam. Kasihani kami yang menaiki kenderaan,perjalanan sangat-sangat jauh,Kasihanilah kami, ramai sahabat-sahabat kita kemalangan jalan raya kerana mengejar hasrat murni mencari ilmu walau pon terpaksa meredah hujan,panas ,jalan sesak dan kos minyak tanggungan sendiri.Kami ini pelajar,mahasiswa,mana ada kewangan yang cukup untuk menampung semua ini.

     Pertama,saya amat keliru atas surat yang dikeluarkan ini ,header surat menyatakan "AMARAN MELANGGAR PROCEDUR PENYERAHAN MEMORENDOM KOLEJ KEDIAMAN  UTeM KEPADA Y.A.B TIMBALAN PERDANA MENTERI MALAYSIA.Tetapi yang peliknya,dalam isi kandungan nombor 3,menyatakan "DIGANTUNG SERTA MERTA" hmm,pelik,memey pelik.Kalau dulu,belajar BM,ingat lagi,cikgu Azizah Kassim ajar,tajuk mesti ada hubungkait dengan isi. Bagi saya,AMARAN dan MENGGANTUNG adalah suatu benda yang berbeza.Contoh,Ali diberi surat amaran kerana merokok,maka Ali masih bersekolah seperti biasa,tetapi Ali digantung sekolah kerana merokok,maka Ali tak perlu pergi sekolah kerana dia digantung.Jelas disitu surat itu tidak jelas. 

Kedua , bagi saya ia sangat memalukan,sebagai satu barisan  kepimpinan ,lagi-lagi kumpulan kepimpian tertinggi UTeM, harus matang dan menjaga maruah dan berani bertanggungjawab bersama-sama atas segala tindakan.Setiap organisasi,keputusan dan tindakan adalah persetujuan bersama. Jika seorang ketua itu cerdik,dan benar-benar mahir dalam pengurusan organisasi, dia semestinya pandai menyusun atur bagaimana ingin menyatukan ahli-ahli dibawah kepimpinannya. Bukan nya menjaja kesalahan ahli dibawah pimpinan kepada khalayak ramai dan membuat keputusan yang merugikan.Peristiwa ini mendapat perhatian banyak pihak terutama barisan pimpinan IPTA/IPTS lain sekali gus menjatuhkan nama baik UTeM sendiri.Pada masa UTeM sedang      naik namanya,ada rupanya sedikit kelompongan berlaku disini atas gara-gara tindakakan menjatuhkan sahabat antara satu sama lain. Ibarat membuka pekung didada.Sebagai seorang ketua,dia harus memantau segala tindakkan ahli dibawahnya,jika terlepas pandang,kemungkinan ketua itu tidak mengambil cakna tenatang mobilasi ahli bawahannya atau ahlinya kurang sependapat dengan ketuanya.Sebeleum "teckle " rakyat, "teckle" dahulu ahli bawahan dahulu supaya gerak kerja seragam.

         Ketiga, saya merasakan ini sangat-sangat merugikan kerana MPP bukannya nya ramai sangat,digantung pula pada pandangan saya orang yang berpengalaman dalam berogranisasi.Meraka-mereka inilah yang sudi dan rela  mengorbankan diri mereke demi memperjuangkan suara-suara kerdil kami ini,dimana yang lain? Moga pengorbanan ini dibaluti dengan keikhlasan dan diangkat sebagai ibadah jihad mengikut waqi'. Selalu sahaja masalah kekurangan tenaga kerja ,kekurangan wakil MPP ke program-program rasmi,yang sedia ada pon dah serba kekurangan,di gantung  pula yang sedia ada,lagi la dalam keadaan serba kekurangan. Entah dimana diletakkan  penilaian dan pertimbangan seorang pemimpin .Sepatutnya dibawa duduk berbincang bersama-sama dan menyelesaikan masalah dengan jalan yang betul bukan menyelesaikan masalah dengan menimbulkan masalah lain. Tiada salahnya semua barisan pimpinan mengaku dan bermuhasabah mengatakan ini kesalahan  bersama jika ini benar-benar dikatakan masalah.Jika perlu meminta maaf kepada pihak universiti,silakan,itu lebih baik bagi saya. Barulah kami rakyat diluar ini hormat melihat kesatuan pemimpin pilahan kami ini,bukan sebaliknya. 

     Keempat, nama pon MPP (majlis PERWAKILAN PELAJAR) nama pon wakil,membawa  suara,hasrat pelajar,menjadi medium antara mahasiswa dan pihak pentadbir,dikatakan TIDAK MENGIKUT PROCEDURE,jika benarlah ada procedure yang telah dimanualkan,kenapa YDP MPP sendiri tidak mengetengahkannya?kenapa?oh kenapa?kami mahukan suara kami diendahkan (berlinang air mata ak ni plak)

    Saya berharap ,perkara ini tidak lagi berulang dan menjadi pengajaran buat semua. Sekian
  

Saturday, July 9, 2011

Wanita Di Sebalik Ketenangan Seorang Pemimpin


Sesebuah rumah yang hendak dibina perlu kepada asas. Asas kepada rumah ialah tiangnya. Tanpa tiang maka kita tidak akan mampu mendirikan rumah. Begitu juga untuk menegakkan negara. Tiang bagi sesebuah Negara ialah wanita,  seperti kata pepatah: “Pemuda harapan bangsa pemudi tiang Negara.”
Tegaknya rumah kerana ada tiangnya. Kukuh negara pada  wanitanya. Di sebalik wajah pemimpin yang tabah dan cekal memimpin sesebuah negara ada wanita dibelakangnya. Di sebalik kecekalan dan ketabahan seorang lelaki mengharungi cabaran dan dugaan duniawi ini ada wanita di belakangnya yang sentiasa menyuntik semangat, menjadi perangsang serta memberi dorongan kepadanya. Siapakah wanita tersebut? Boleh jadi beliau adalah seorang ibu atau seorang isteri.
Begitu kuat sekali aura seorang wanita sehingga ia seolah-olah ‘spinach’ atau sayur bayam yang dimakan oleh popeye. Apabila makan saja terus jadi gagah dan kuat. Begitu juga bagi lelaki, kadang-kadang terus bersemangat apabila mendapat kata-kata semangat daripada seorang ibu atau isteri. Contoh yang terbaik iaitu kita boleh lihat peranan yang dimainkan oleh Saidatina Khadijah ketika beliau disamping junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. Beliau sentiasa memberi semangat dan dorongan kepada baginda dalam usaha menyampaikan dakwah kepada umat baginda sehingga baginda tidak patah semangat setiap kali ujian dan dugaan datang.
Peranan seorang wanita dalam melahirkan seorang pemimpin yang berjaya amatlah besar. Jesteru, Islam amat-amat menitik beratkan soal memilih wanita sebagai calon isteri. Hal ini kerana, wanita adalah sebagai seorang isteri dan juga seorang ibu. Rasulullah s.a.w. bersabda dengan menyebut bahawa lelaki memilih wanita untuk dikahwini kerana rupanya, hartanya, keturunan dan agamanya, maka pilihlah yang beragama. Isterilah yang bakal mendidik anak-anak menjadi soleh dan solehah seterusnya melahirkan muslim yang berjaya di dunia dan akhirat.
Oleh itu, seorang lelaki mestilah memilih wanita sebagai bakal isterinya dengan memandang agamanya dan akhlaknya terlebih dahulu supaya rumah tangga yang akan dibentuk menjadi rumah tangga dan keluarga yang sakinah dan hasanah. Bagi wanita, jadilah wanita yang berakhlak dan solehah. Jauhilah perkara dan budaya asing yang tidak elok. Ikutilah cara dan akhlak Rasulullah s.a.w dalam adab berumah tangga seterusnya pemerintahan negara nescaya kita akan beroleh ketenangan dan kebahagiaan dalam kehidupan di dunia ini.
Hakikatnya, keluarga yang hasanah akan melahirkan pemimpin yang juga baik bukan saja dari sudut fizikalnya bahkan spiritualnya. Pemimpin inilah yang akan memimpin masyarakat menuju kemajuan sesebuah negara. Kemajuan dan pembangunan yang dibina bukan saja dari sudut pembangunan harta kekayaan semata-mata bahkan pengurusan dan pembangunan sumber manusia tidak  akan diabaikan

Wednesday, May 25, 2011

bila bertanya tentang hati..

Lama sudah rasanya tidak menyulam kata, mengungkap bicara. Haraplah nukilan ini sebagai permulaan cetusan minda serta luahan rasa dari hamba yang dhaif lagi alpa. Sibuk dengan kerja dan pelajaran bukan alasan untuk kita tidak menyebarkan ilmu. Ilmu itu sifatnya untuk dikongsi,bukan disimpan.
Ayuh kita bicara soal hati manusia. Seringkali terlihat seorang bayi merengek mahukan belaian manja dari ibunya. Datang menerpa satu persoalan. Jika badan bayi kerapkali inginkan sentuhan manja ibunya, hati ini apa kurangnya. Seakan ingin meronta memohon petunjuk keimanan dari Tuhan-Nya. Dari hati datanglah fasad, dari hati juga datangnya khairat. Seperti apa yang dimaksudkan dalam hadith junjungan:
“....Dan demi sesungguhnya, dalam setiap jasad itu punya segumpal daging. Jika baik daging itu, maka akan baiklah keseluruhan jasadnya. Dan apabila rosak daging itu, maka akan rosaklah keseluruhan jasad itu. Dan demi sesungguhnya ia adalah hati.” (Muttafaqun alaihi).
Manusia selalu mementingkan soal penampilan diri,wajah dan sebagainya. Tetapi kita seakan lupa bahawa hati ini juga perlukan penjagaan rapi, perlukan pemerhatian ketat dari pemiliknya. Hati sering diisi dengan perkara yang sia-sia belaka. Tidak seperti yang dianjur oleh Tuhan Sekalian Alam dalam firmannya yang bermaksud:
“Dan sesungguhnya dengan mengingati Allah itu, akan bisa menenangkan hati-hati.” (ar-Ra’du 13:28)
Buat akhirnya, pesanan untuk diri ini dan rakan-rakan sekalian. Jagalah hati di usia muda ini supaya tidak keras di hari mukanya. Seperti kuali, jika setiap hari dibasuh dan dicuci belakangnya, maka berkilatlah ia. Jika tidak dibasuh setiap hari, amatlah susah untuk menanggalkan kotorannya yang sudah melekat lagi terikat. Janganlah kita lupa untuk mengingati Dia Yang Maha Esa. Kerana hatilah enjin jasad ini.Wallahu A’lam