Friday, July 30, 2010

Fikrah tak penting?asalkan faham dah cukup...



Kembli saya untuk bersama2 kalian untuk mengongsikan pandanagn dari sudut tahap kefaham melalui pengalaman serta rujukan-rujukan tertentu. Kali ini berkaitan fikrah,ia berasal dari perkataan FAKARA,FIKRUN,FIKIR yang bermaksud fikir,pemikiran atau dari segi istilah nya tahap pemahaman mengikut tahap ilmu seseorang lalu menghasilakn sesuatu penilaian dan diaplikasikan dalam kehidupan.
                Apa yang cuba saya nak cuba kupaskan fikrah dalam golongan anak-anak seterusnya  naik kepada golongan  remaja. Saya akan bentangkan satu contoh  ,dimana seorang anak A melihat ayahnya solat malam sehinggakan meniggalkan tempat tidurnya memikirkan bahwa ayahnya  itu menyusahkan diri dan membebankan diri sendiri,lebih baik tidur sahaja,akan tetapi kes kepada anak B ialah pada situasi yang sama,tetapi didalam hati kecil memikirkan betapa rajin ayahnya beribadah sehingga ternanam cita-cita  si anak itu mengikuti jejak langkah ayahnya,mengapa ia terjadi dua tafsiran  yang berbeza padahal situasi yang sama , umur yang sama dan zaman kelahiran yang sama,tetapi tafsiran dan fahaman yang berbeda(acece,ayat indon ke berbeda ni?)?tentu ia bermula dari tahap kefahan anak tersebut,siapa yang mencorakkan nya?jikalau bukan ibu bapa,abang kakak dirumah dan guru-guru disekolah.
                Maka, saya dapat menggantikan fikrah ini kepada perkataan lain,ia itu ibarat “software” pemikiran kehipuan seseorang. Inilah  isu pada zaman sekarang dimana hiburan melampau dianggap menghilangkan tekanan( tention),pergaulan bebas dikatakan merapatkan silaturrahim, berpakaian yang kurang sopan dikatakan trend terkini yang mengikut peredaran zaman kononya,bercinta sebelum berkahwin kononnya satu jalan menegenali pasangan dengan lebih mendalam demi kebahagian rumah tangga kelak dan lain-lain. Semua ini telah diterangkan didalam alquran,disebutkan didalam hadish dan dipersembahan oleh Baginda tercinta Rasullalah melalui rakaman sirah annabawiyah,tentang peradaban dan cara hidup yang benar. Yang pastinya jika kita mengikut apa yang diajarkan oleh islam,sudah terjamin selamat dan tiada risiko yang buruk. Itu sebab agama kita diberi nama islam,kerana ia selamat dan digunakan tanpa was - was.
                Bayangkan seandainya seluruh dunia ini telah berjaya dikalahkan dengan fahaman (fikrah ) barat,maka sebenarnya sudah bermula peperangan dunia yang paliiing besar,pada masa itu lah kehancuran dan keruntuhan akhlak akan berlaku,kita tidak mampu kalahkan sekelip mata peperanagn saraf sebegini kerana ia berbentuk dalaman. Maka dari sekarang lah kita kene sedar bahawa penerapan fikrah islamiyah perlu bermula disaat ini.
                Antara saranan saya ialah pertama,ibu bapa terlebih dahulu perlu memurnikan fikrah mereka sejajar dengan acuan islam,seterusnya menjadi ikutan pada anak-anak. Kedua ialah,kita perlu berani menerangkan segala kebenaran itu adalah benar,usah takut dan gentar,kerana kebenaran itu milik dunia ini,bukan kebatilan. Dan ketiga,kita semua,disetiap peringkat umur,menjadi agen yang aktif dalam menyebarkan kebenaran dengan merujuk alquran melalui pakar-pakar agamawan dan ilmuan yang diiktiraf. Sekadar perkongsian. Usah jadikan hidupmu suatu sia-sia.