Wednesday, May 19, 2010

berkerja untuk islam.........kerjaya dengan islam....

sambungan dari  pena yang di bawah..
seperti yang dijanjikan sebelum ini, tentang mengapa terjadi ramai yang berkerjaya dalam islam,tetapi tidak berkerja dengan islam. Harap para pembaca membaca dengan hati terbuka,bukan nak memburukkan mana2 pihak,saya sendiri punyai ahli keluarga dari golongan pembawa agama.Ini juga atas nasihat untuk diri sendiri. Tetapi,inilah realiti yang berlaku.Berapa ramai yang berkerja dalam agama,seperti ustaz ,ustazah, jabatan agama ,hakim syariah,dan lain2,tetapi ada diantara mereka (cuma segelintir) yang tidak menunjukkan contoh yang baik,tidak berterus terang dalam menegakkan agama Allah. Setiap tahun ada sahaja kes2 yang berlaku,seperti cabul,pecah amanah ,pukul isteri,tidak menyatakan kebenaran sesuatu yang Haq, berasmara tanpa ikatan perkahwinan,ustaz menonton vedeo xxxxx dengan anak murid dan tidak melibatkan diri dalam penyatuan ummah dalam megembalikan dunia ini kepada akhlak alquran. Yang memalukan lagi,ia ada lah dari golongan yang memahami agama.Dimana ilmu2 yang penuh didada itu??Kita sebagai pembaca rasa sakit hati dan  geram dengan perbuatan ini,memanglah semua manusia tak terlepas dari dosa,akan tetapi mengapa ia kerap sangat berlaku.Bagaimanakah perubahan akan terjadi jika golongan yang sedar ini terlalu sedikit,dan yang sedikit itu pula ada golongan yang bermasalah??cuba renungkan.
apa pengajaran disini,kita semua yang beragama islam ,setelah mengucap dua kalimah syahadah,kene sedar tentang kepentingan kita sebagai hamba yang mengharapkan syurga NYA,tanggungjawab memurnikan bumi Allah. Kerja2 ini bukan sahaja terletak pada bahu-bahu ustaz  dan ustazah,akan tetapi kita juga perlu menggerakkan agama. Guna lah apa cara pon,asalkan tidak bertentangan dengan syara'.Ditempat kerja,rakan sekelas,sahabat sebilik dan teman2,ajarkan meraka untuk menitik beratkan kefahaman tentang islam. Supaya tidak berlaku banyak gejala sosial.Ini kerana golongan yang tidak solat teeeeerlalu ramai,apatah lagi golongan yang tidak menghormati Al-Quran(tidak mengikut ajaran Al quran).
Jangan kita terlalu leka dalam keseronokan dunia ini,sampaikan kita lupa ada 2 alam lagi kita akan tempuh,(alam barzakh dan hari pembalasan). Ya Allah teguhkan iman dan pendirian ku

InsyaAllah ..selepas ini ,saya akan cuba terangkan,apakah kelebihan orang yang dalam bidang sains ini bergabung dengan golongan ustaz untuk memajukan ummah..
jangan biarkan dirimu dalam kekaburan..............

Monday, May 17, 2010

Sunday, May 16, 2010

KERJA DAN KERJAYA ,SAMA KE TAK?

وَمَا كَانَ الْمُؤْمِنُونَ لِيَنفِرُوا كَافَّةً ۚ فَلَوْلَا نَفَرَ مِن كُلِّ فِرْقَةٍ مِّنْهُمْ طَائِفَةٌ لِّيَتَفَقَّهُوا فِي الدِّينِ وَلِيُنذِرُوا قَوْمَهُمْ إِذَا رَجَعُوا إِلَيْهِمْ لَعَلَّهُمْ يَحْذَرُونَ
sekadar coretan biasa dari insan biasa. Maka tergerak hati ingin ingin meluahkan yang tak seberapa untuk  tatapan pembaca kalian, setelah sekian lama mendiamkan blog ini. Isu yang akan dipetik pada kali ini ialah KERJAYA dan KERJA. Ia merupakan dua perkara yang berbeza..kerja perkara yang di lakukan dengan tidak mengharapakan upah atau gaji tetapi kerjaya sesuatu perbuatan atas dasar untuk mendapatkan hasil pendapatan  seperti gaji dan sebagainya.Mustahil seseorang berkerjaya seorang doktor tidak mengaharapkan gaji yang lumayan.Sebagai contoh kita tolong ayah menyiapkan kerja rumah tetapi ayah kerjayanya sebagai guru maka ada gaji sebagai guru tapi bantuan kita dengan kerja rumah itu tadi tak ada gaji. Jika kita sedar beza dua perkara ini,kita boleh berusha menjadi seorang professional untuk mencapai kejayaan .Ini kerana kita sudah memahami jobskop masing2 dan dari mana untuk mulakan gerak kerja. Biar kita berkerjaya apapun akan tetapi pastikan setiap saat dan hembusan nafas kita adalah bergelar pekerja untuk islam. Lakukan apa saja asalkan ia memberi manfaat pada islam  selagi mana tidak bertentangan dengan syariat.
sekadar itu saja,jika ada kelapanangan saya akan kupas mengapakah ramai berkerjaya dalam agama tapi tak berkerja dengan islam???jangan biarkan dirimu dalam kekaburan..............