Saturday, January 23, 2010

mengapakah jadi begini..

Assalamualaikum wrt kepada rakan2 sekalaian..sekadar perkongsian bersama, izin kan saya untuk menzahirkan sesuata yang bermain2 di lubuk hati ini..
      Mengapakah sering terjadi sejak akhir2 ini dimana kita(termasuk sya) sudah hilang identity agama, sudah hilang sensitivity terhadap Agama Islam sedangkan  Hari Perhintungan pasti akan tiba. Kebanyakan kita hanya mewarisi agama ini dari nenek moyang kita dulu. Tidak merasakan nikmat ini perlu dipelihara dan dijaga dengan sebaiknya. Berbeza yang berlaku di Eropah, Agama Islam mula menjadi agama pilihan dalam kalangan mereka. Sehingga menimbulkan pelbagai kerisauan kepada pemimpin2 agama mahupun pemimpin dunia. Pelbagai cara dan methodologi yang digunakan untuk menghilangkan identity dan maruah Agama Islam. Umat Islam dibunuh dengan kejam. Pelbagai tekanan yang diberikan untuk “membuang Iman dan taqwa orang Islam sehingga mereka buntu.  Jalan terakhir mereka dengan menyebarkan pelabagi fitnah palsu. Sebaliknya,semua itu menjadi pembuka jalan untuk org  bukan Islam mula simpati dengan Islam dan mula mengkaji rahsia kemurniaan Agama Islam. Hargailah nikmat Iman dan Islam ini.mengapa sibuk memperjuangkan nama Allah sdangkan hukumNYA tidak diendahkan.


        Dari zaman baginda(nabi Muhammad s.a.w) lagi hingga pemerintahan khulafa termasuk pemerintahan ulamak mutakhirin pada masa ini telah mengatur pelbagai majlis keramaian seperti menunaikan haji untuk umat islam sedunia berkumpul,majlis2 ilmu untuk mengelakkan dari kegelapan,maulidurrasul untuk memperingati Baginda,tadarus alquran sebagai sunnah ,walimatul urus sebagai tanda kesyukuran, dan yangse tiap hari majlis keramaian kita yang sering lupakan adalah solat 5 waktu dan lebih baik dilakukan secara berjemaah..maksud keramaian ini bukan lah sekadar berdifinasikan majlis tari menari atau pesta semata2,tetapi ia bermasud dimana sesuatu masyrakat itu berkumpul untuk melakukan sesuatu aktiviti pada masa2 tertentu dan lebih manis dan bermakna lagi jika semua itu dilakukan keranaNya,hilang2lah perkataan sia2 untk apa program ini dijalankan...dan dimanakah penglibatan kita??

      Mengapakah keramaian bukan berkaitan agama kita,kita sertai sedangkan keramaian agama kita kita tinggalkan dengan memberi pelbagai alasan,dimanakah sensitiviti kita terhadap islam?adakah kita sudah berlaku adil? Tahukan kita hukum menyambut perayaan agama lain?Saya bukanlah orang yang arif dalam mengeluarkan hukum,namun sedarlah kita bersama sahabat2 sekalian.Bala allah boleh datang bila2 masa tanpa kita duga. Sementara masa masih ada untuk memohon keampunan maka ambillah waktu dan Masa ini. Jangan biarkan kemurkaan Allah itu sebagai satu perkara biasa. Cukup kita melihat  Bumi Acheh ditimpa Tsunami atau banyak lagi bencana dan bala Allah yang kita semua terlepas pandang. Seandainya kita memberi alasan cuma untuk menghormati kaum lain,itu adalah suatu permulaan yang baik..alhamdulillah kerana sedangkan baginda pun turut mengormati kaum yahudi sedangkan mereka sentiasa menzahirkan kebencian terhadap islam..
tetapi seandainya alasan yang diberi ialah untuk makan free,bertemu rakan2,mengisi masa lapang serta lain2,itu mugkin kurang munasabah kerana dalam majlis2 keramaian islam yang saya senarai pendekkan diatas tadi juga menawarkan kelebihan yang sama juga.wal hal lebih daripada itu kita dapat selain dari keberkatan hidup.kalau kata nak dapatkan agar nama tersenarai dalam SMP(sistem maklumat pelajar) tetapi Allah tawarkan lebih hebat lagi dari itu iaitu SMAS(sistem maklumat ahli syurga). mana lagi hebat??

        Maafkan saya seandainya perkongsian ini menyentuh hati mana2 pihak sama ada yang hidup mahupun yang mati.Tiada sedikit pun niat buruk tetapi ia sekadar menyedarkan khusus nya diri saya sendiri amnya terhadap para pembaca sedangkan diri ini masih lemah dan mengaharapkan petunjuk dan bimbingan dariNya agar tidak putus2..hadish nabi (balighu anni walau ayah)sampai tentang agamaku walau sepotong ayat..

       
    sesungguhnya orang-orang Yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu; dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat.
hujurat ayat 10

Wednesday, January 13, 2010

ilmu penerang kehidupan..




assalamualakum sahabat2 ..ana  harap semua berada dalam redha Allah, ana nak share sikit apa yang ana dapat bersama al habib umar al hufadz di di sebuah pusat pengajian semalam.Pinjam motor kawan je,motor ana tak bape sihat.so kene berehat kat kampung. sungguh tenang malam tadi dengan alunan ratib dan selawat ke atas junjungan besar kita.kami bersolat atas kanves,sape bawak kereta kena paking jauh2.apa nak buat.pastu ada makan2 tau,sedap gak la.ana makan berdua je dengan sorang pakcik tu,pastu sahabat ana plak tolong kami hapuskan  makanan yang lebih,tapi bukan supi atau ata la,,hehe(just kidding)..kami bersama2 tadah tangan berdoa bersama al-habib.moga mendapat berkat darinya.apa yang ana dapat simpulkan adalah ia mengajak kita sentiasa mengingati Allah dan Rasullallah. Allah akan menyebut nama kita dengan zat nya pabila kita menyebut nama NYA, dan Allah akan menyebut nama kita di hadapan sekalian makhlukNya pabila kita menyebut nama Nya di khalayak ramai. alangkah rugi andai kita melepaskan peluang untuk mendapat kan kecintaan Allah.dan al habib menceritakan adab berjiran.berkasih sayang atas kecintaanNYA.  ada satu kisah dimana seorang bapa kematian anak perempuan, dan ia bermimpi didalam kubur ,anak nya itu rambut nya putih seolah2 terbakar, dan lalu ia bertanya pada anak nya,adakah kau telah azab oleh Allah wahai anak ku?tidak wahai ayah ku,tetapi ada seorang ahli kubur telah di azab lalu saya terkene sedikit dari itu,jawab anak itu.tentu sipolan yang diazab itu adalah jiran nya.apa yang ana faham disini al habib cuba menerangkan tentang kita seharus nya menjaga adab berjiran dan mengajak nya melakukan kebaikan dan menjauhkan kemungkaran. sudah kah kita melakukan nya?yela,kalo orang dikeliling kita berada dalam kejahilan kita bertanggungjawab untuk membantu nya..btol tak? dan ada satu kisah dimana orang di neraka

meraung2 kekesalan sambil mengatakan "alangkah baik nya andai didunia dulu aku jadikan orang ini( nabi Muhammad ) sebagai teman ku ,maka tentu aku mendapat percikkan dan cahaya nur keislaman nya. tetapi kekesalan itu sudah tidak berguna lagi untuk dia.gunakan masa yang ada sebaik nya.

Monday, January 4, 2010

KEMBARA IMAN



Malam awal tahun ini aku bermalam di Gunung Ledang,Tangkak,Johor. Kami bertolak dalam jam satu pagi dari UTeM,. Dengan semangat berkobar2 kami pun pecut la kereta laju2.huhu..(speed trap ku tak hirau kan)
punya la berharap dapat tido dalam hutan sana,alangkah sedihnya
sampai sana ,adoyai pintu pagar plak berkunci.(tolong la pokcik,kami nak masuk),puas kami hon,(tiiiinnn!!!)tapi mereka tetap memekakkan telinga. so kami pun fikir,kat mana nak tido ni,jalan2 kami pun terjumpa surau,agak cantik. niat nak tunggu gerhana bulan,tapi tu la,letih sangat kot,so aku pun cuba la menutup mata walo hati dah geram dengan sang nyamuk..(ggrrr...!!). so kami pun tido la sampai pagi untuk qiamulail dan subuh.
dah subuh kami pun pergi mencari kedai makan( lapar nyer!!)..alangkah sedih nya ia tidak ditemui(mana la kedai makan ni),.so apa lagi kami pun menuju ke gunung ledang semula,aduh kene tunggu hampir setengah jam baru la palang pagar itu dibuka,geram tau ngan pokcik tu,dah la bangun lambat,kitorang plak jadi mangsa..hehehe..
so dah sampai sana ,kami pun pergi la bersih kan diri di surau,pastu kami pergi celupkan kaki dalam air kat air terjun tu,aku menjerit ngat kan apa la yang menggigit aku ni,upenye ikan makan cell2 mati,banyak plak tu( banyak la cell mati kat kaki aku ni?hmm)best sangat..huhu..pastu main2 air macam budak kecil..tapi tak pa ni sume adalah procedure release tention..main susun2 batu.pagi2 dah aktif kan.
so selepas tu kami pun pergi la sarapan maggie kat chalet,huhu..
sedap gak la..pastu kami pun terus kan aktiviti lain..hmm nanti la aku sambung lagi..heheh..LANDAK YANG BUCUK MAI MAKAN BISKUT